Loading...
Loading...
Mencari idea ke mana hendak pergi semasa cuti sekolah ini? Di sini disenaraikan 10 Taman Tema Air yang terbaik di Malaysia yang sudah tentu boleh membuatkan kanak-kanak happy. Memang seronok pergi melancong ke luar negara tapi kadang-kadang kita ter"miss" sesuatu yang sedia ada di negara kita. Taman-taman tema air ini bukan saja boleh buat anak-anak kita gembira, tetapi kita juga akan turut merasa keseronokkannya.
1-SUNWAY LAGOON
Rasanya ramai atau mungkin semua tahu tentang Sunway Lagoon kerana ianya yang paling terkenal di Kuala Lumpur. Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Taman Tema ini cukup besar dan menarik. Berbagai tarikan dan permainan terdapat di sini. Cakap terus terang memang tak cukup sehari untuk melayan kesemua tema yang disediakan di sini. Terlalu besar dan banyak betul permainannya. Tapi jika kita pilih untuk bermain di 1 taman tema yang disediakan sudah cukup rasanya. Keseronokkannya memang tak terhingga. Tempat ini dikelilingi oleh hotel-hotel dan terdapat juga homestay berdekatan untuk mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur. Antara tarikan Sunway Lagoon Water Park adalah Taman Tema Waters of Africa dan Taman Tema Nickelodeon. Sudah tentu kanak-kanak menjerit kesukaan melihat karekter kesayangan mereka di sini. Banyak lagi tarikan yang lain termasuk Scream Park, Amusement Park, Extreme Park dan Wildlife Park. Info lanjut layari laman web sunway lagoon.
2-LEGOLAND WATERPARK
Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, Johor. Ianya mempunyai 20 tarikan air serta 70 model lego. Selain dari gelongsor air dan kolam renang, salah satu tarikan yang menarik di Taman Air Legoland Malaysia ialah Sungai Build-A-Raft, yang membolehkan anak-anak menyusun rakit mereka sendiri yang diperbuat daripada batu bata Lego yang lembut dan terapung di atas air.
3-BUKIT GAMBANG RESORT WATER PARK
Bukit Gambang Resort terletak di Kuantan, Pahang. Ianya mempunyai 2 taman tema utama iaitu, water park dan safari park. Antara tarikan waterparknya adalah Coco Beach, pantai tiruan yang mempunyai ombak pada masa-masa tertentu. Penguin Island, permainan air kanak-kanak dan kolam untuk dewasa dan Tree Top Hills Slides. Terdapat banyak bilik hotel dan homestay untuk keluarga di sana. Jadi tidak perlu risau tentang tempat penginapan.
Loading...