Loading...
Loading...
Jom layan fakta-fakta menarik dan unik di bawah. Sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuan dan dapat hilangkan kebosanan... :)
#1.
Postbox paling dalam di dunia terletak di Susami Bay di Jepun. Ia terletak di kedalaman 10 meter di bawah air. Post box ini biasanya menerima kira-kira 1,000 hingga 1,500 keping surat setiap hari dan ianya banyak yang diposkan oleh ahli keluarga untuk orang yang tersayang. Kemudahan postbox ini memberi makna yang cukup istimewa kepada penggunanya.
#2.
Lemon mengandungi 70% gula dan strawberi mengandungi hanya 40% gula. Lemon mempunyai rasa masam walaupun mempunyai lebih banyak gula daripada strawberi kerana limau mengandungi asid sitrik yang tinggi iaitu kira-kira 3% hingga 6% asid nitrik. Asid ini menyahkan rasa manis lemon dan menjadikan rasa masam pada lemon. Strawberi mempunyai gula kurang daripada lemon tetapi tiada kandungan asid dalam strawberi sebab itu rasanya manis. Walaubagaimanapun kedua-dua mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Anggur akan meletup apabila anda memanaskannya di dalam microwave. Kenapa ye? Kerana anggur mengandungi air. Apabila ia di panaskan di dalam microwave, kelembapan yang terdapat pada anggur tersebut akan menjadi wap. Jom tengok demo video disini. Heepp!! don't try this at home ya tanpa pengawasan mak ayah..
Komik Donald Duck diharamkan di Finland pada akhir 1970-an. Jawatankuasa Hal Ehwal Pemuda Helsinki memutuskan komik Donald Duck tidak sesuai untuk kanak-kanak di bandar itu jadi mereka membatalkan pesanan buku komik tersebut. Karekter Donald Duck yang tidak memakai seluar, hubungan yang tidak wajar dengan Daisy Duck serta karekter pakcik Donald Duck yang rutinnya suka mandi dengan duit penuh dalam bathtub membuatkan karekter ini tidak disenangi mereka.
Tulang paha manusia lebih kuat daripada konkrit. Tulang paha (Femur) adalah tulang terpanjang dan paling kuat di dalam badan anda. Kerana femur ini sangat kuat, ia biasanya memerlukan sesuatu tekanan yang kuat untuk memecahkannya, namun ia boleh menjadi patah.

#3.

#4.
Telur kaya dengan vitamin, mineral, protein berkualiti tinggi, lemak baik dan pelbagai nutrien tetapi ia tidak mengandungi vitamin C. Ia juga merupakan 'protein lengkap' yang mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan untuk fungsi tubuh. Protein ini sangat mudah dihadam dan menjadikan kita kenyang lebih lama. So kalau nak kurus, jangan lupa menu telur dalan diet harian korang tau!. Tapi pandai-pandailah dapatkan vitamin C dari sumber makanan lain k...
#5.
Ya betul, zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta. Mereka boleh hidup hingga sehingga 3 minggu tanpa air. Manataknya bila zirafah minum, ia boleh habiskan 12 gelen air sekaligus!. Hebatnya awak cik zirafah!..:)
#6.
Komik Donald Duck diharamkan di Finland pada akhir 1970-an. Jawatankuasa Hal Ehwal Pemuda Helsinki memutuskan komik Donald Duck tidak sesuai untuk kanak-kanak di bandar itu jadi mereka membatalkan pesanan buku komik tersebut. Karekter Donald Duck yang tidak memakai seluar, hubungan yang tidak wajar dengan Daisy Duck serta karekter pakcik Donald Duck yang rutinnya suka mandi dengan duit penuh dalam bathtub membuatkan karekter ini tidak disenangi mereka.
#7.
Tulang paha manusia lebih kuat daripada konkrit. Tulang paha (Femur) adalah tulang terpanjang dan paling kuat di dalam badan anda. Kerana femur ini sangat kuat, ia biasanya memerlukan sesuatu tekanan yang kuat untuk memecahkannya, namun ia boleh menjadi patah.
#8.
Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling sering dicuri dari Perpustakaan Awam. Sejak diterbitkan pada 27 Ogos 1955, ia adalah buku tahunan terlaris dalam sejarah penerbitan.
#9.
Flamingos berwarna merah jambu kerana udang merupakan salah satu sumber makanan, lebih tepatnya udang air tawar. Bahan kimia semulajadi yang berkhasiat atau sebatian organik, yang dipanggil beta karoten dalam udang tersebutlah yang menjadikan bulu flamingos berwarna merah jambu. Beta karoten adalah bahan kimia semulajadi yang juga membuatkan lobak berwarna oren.
#10.
Berita baik pada korang yang suka melalak di dalam bilik air. Menyanyi di bilik mandi dikatakan boleh membakar lebih 10-20 kalori setiap lagu, bergantung pada volume dan pitch suara anda. Apalagi jom karok dalam bilik air!..:)
Korang ada tak fakta best nak kongxie dengan kami. Cepat tinggalkan kat ruangan komen ye!..Peace!!..
Loading...