Loading...

(6 Gambar) Sungguh Menyayat Hati... Atikah Suhaime Kongsi Foto Baju Kahwin Yang Tak Jadi

Loading...
Loading...


Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Mungkin pepatah Melayu itu tepat untuk menggambarkan perasaan peminat yang menanti pasangan selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael mengakhirkan kisah cinta mereka di jenjang pelamin.

Biarpun dijadualkan bakal bernikah pada Ahad, hubungan Atikah dan Awi ternoktah hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, peminat berkongsi rasa yang menyayat hati dan turut merasai kesedihan Atikah dan Awi.



Biarpun tidak menjelaskan sebab sebenar mengapa perkahwinan mereka dibatalkan, rata-rata netizen mendoakan agar Atikah dan Awi bahagia memilih jalan hidup sendiri selepas ini.


Menerusi ruangan Instagram Stories, Atikah juga berkongsi beberapa keping foto dirinya menyarungkan busana pengantin yang sepatutnya digayakan semasa majlis perkahwinannya Ahad ini.





Atikah juga sempat meluahkan perasaannya menerusi ruangan terbabit.




Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.


Sumber artikel : gempak.com
Loading...