Loading...

Anak-Anak Yatim Dieksploitasi Sementara Pemilik Pusat Amal Tahfiz Puas Berjoli Sakan

Loading...
Loading...


Percaya Atau Tidak, Pusat Tahfiz Songsang Diarah Tutup Sejak 2007 Lagi



Rupa-rupanya Pusat Tahfiz Amal yang bercawangan di KM17, Jalan Yan sememangnya sudah lama diarahkan agar ditutup sejak 1 Januari 2007 lagi.

  mynewshub.my
Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.

  sinarharian.com.my
"Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Jaik sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas Jaik mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran," katanya.

  sinarharian.com.my
Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) Pernah Mengesahkan Pusat Tahfiz Itu Bernaung Di Bawah Ajaran Azhar Wahab Atau Ajaran Al-Mansur Yang Difatwakan Sesat



Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab serta memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.

  malaysiaharmoni.com
Selain itu, majlis fatwa turut meminta mana-mana kumpulan ataupun orang perseorangan yang berpegang dan mengamal tersebut dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

  phat.my
Walaupun Begitu, Pusat Tahfiz Tersebut Masih Boleh Membuat Rayuan



Pusat Tahfiz Amal (PTA) boleh mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pendidikan, bawah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk meneruskan operasi dengan syarat mematuhi peraturan ditetapkan bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 2008.

  sinarharian.com.my
Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Amal memberitahu mereka akan menghantar surat rayuan kepada Jaik agar pusat berkenaan tidak ditutup. Mereka juga akan berbincang dengan jabatan agama tersebut tentang nasib 105 pelajar di situ jika pusat tahfiz berkenaan terus ditutup.

 bernama.com
Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya berkata, antara syarat yang perlu dipenuhi termasuk mengeluarkan silibus teknik perniagaan sebagai subjek teras PTA, selain menggunakan silibus yang dibenarkan.

  sinarharian.com.my
Tinjauan SAYS Mendapati Pusat Tahfiz Amal Menjadi Topik Hangat Di Laman Sosial Apabila Dikatakan Pemilik Sekolah Tersebut Mengeksploitasi Kanak-Kanak Untuk Meminta Sedekah





Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit 'Pusat Tahfiz Amal'.

  blogspot.com
Dalang Disebalik Sindiket Ini Dipercayai Bernama Azhar Wahab Atau Lebih Dikenali Sebagai SM Amin



Azhar Wahab inilah yang mengumpul & mengaut keuntungan duit anda-anda semua yang prihatin semasa menghulur bantuan & derma.

  beritasemasa.com.my
Apa yang menariknya, dakwaan mengenai pengetua pusat tahfiz berkenaan bukanlah fitnah semata-mata. Perkara itu terbukti benar apabila blogger yang juga seorang wartawan Media Prima terkenal, Mazidul juga pernah mendedahkan perkara yang sama.

  blogspot.com
Berikut Adalah Produk-Produk Dijual Oleh Kanak-Kanak Yang Diperhambakan SM Amin



Dipercayai Pemilik Rumah Tahfiz Amal Ini Menyalah Gunakan Duit Derma Tersebut Untuk Kepuasan Diri Sendiri






Berusaha memenuhi tuntutan nafsu serakah pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah, Azhar Wahab bagi mencapai sasaran kutipan yang dikehendaki setiap hari, akhirnya kanak-kanak dan anak yatim ini digunakan sewenang-wenangnya.

  beritasemasa.com.my
Tidak Percaya? Anda Boleh Lihat Sendiri Keadaan Pusat Tahfiz Amal Yang Sangat Daif

Menurut penduduk tempatan ditemui, pusat tahfiz ini dihuni kira-kira 100 pelajar dan mereka tidak pernah bercuti.

  mazidulakmal.com
"Tentunya menghairankan. Setiap hari pelajar diperkudakan menjual pelbagai jenis barangan di lokasi berbeza, pulang selepas lewat malam tetapi terlalu banyak tingkap pecah tidak diganti," katanya.

  blogspot.com
Sekaligus timbul persoalan, kemanakah perginya wang selama ini disumbangkan oleh orang ramai kepada pelajar pusat tahfiz terbabit?




Persoalannya, Siapakah Azhar Wahab Atau SM Amin Ini?

Kita ketahui Azhar, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.



Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1988 ini menjalankan aktiviti perniagaan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu al- mansur Holdings Sdn Bhd nombor pendaftaran (Co. 523446-U) beralamat di No.19, Jalan Cempaka1/1, Bandar Aman jaya, 08000 Sungai Petani, kedah Darul Aman.

  blogspot.com
Menurut Blog Milik Mazidul, Azhar Wahab Pernah Terjebak Dengan Amalan Songsang Atau Ajaran Sesat

Ajaran SESAT Azhar Wahab telah difatwakan haram pada 21 September 2004.



Portal Rasmi Fatwa Malaysia, E-Fatwa Telah Menyenaraikan Fakta Tentang Amalan Azhar Wahab Secara Terperinci. KLIK PADA GAMBAR





Isu ajaran Azhar bin Wahab timbul dlm masyarakat apabila kumpulan al-Mansur melaksanakan aktivti yg didapati bercanggah dengan Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kumpulan al- Arqam yg telah diharamkan.

  blogspot.com
Berdasarkan Sebuah Lagi Blog, SM Amin Tidak Mendapat Pendidikan Agama Secara Formal

Azhar bin wahab bersekolah di sek men kebangsaan- tidak mendapat pendidikan agama secara formal.

  blogspot.com
Pendidikan awal sekolah kebangssan Kuala Sidim, kulim, kedah. menyambung pelajaran sehingga tingkatan 3 di Sek Men. Padang Serai, Kulim, kedah. Selepas memperolehi SRP, Azhar bin Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit padang Buloh, Kuala Sidim.

  blogspot.com
SM Amin Juga Digelar Dengan Pelbagai Gelaran. Antaranya Ialah Ayah, Tok Wan Dan Yang Berhormat Mulia

Dipanggil 'Ayah' oleh pengikut, staff dan kakitangan dan 'Tok Wan' oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian 'Tuan', 'yang Amat Mulia', 'yang berhormat Mulia' dan terakhir sekali 'Yang teramat Mulia Ayahanda raja'.

  blogspot.com
Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikut- pengikutnya dgn dibantu pengikut- pengikut utama seperti Ahmad bin Meh dan Hj Ilias Yusuf. Mereka adalah perancang utama dulu, meneruskan usaha dan cita-cita Azhar melalui pelbagai dakwaaan dan mencetuskan segala ketaksuban kepada karakter dan profile pilihan ini

  blogspot.com
Lagi Menghairankan, SM Amin Merupakan Seorang Penghibur Kontemporari Dan Mempunyai Syarikat Rakaman Tersendiri, SM Amin Productions




Kes Anak-Anak Yatim Meminta Derma Bukanlah Fenomena Baru Di Malaysia. Rata-Rata Masyarakat Telah Berhadapan Situasi Seperti Ini

Berikut adalah luahan dari masyarakat yang prihatin dengan kanak-kanak dan remaja-remaja yang menjadi mangsa perhambaan dan ekploit pengetua pusat tahfiz berkenaan.




Perbuatan Ini Jelas Sekali Mencemarkan Kesucian Dan Nama Baik Agama Islam

Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam.


Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar.



Jika Perkara Ini Benar, SAYS Mendoakan Semoga Nasib Anak-Anak Yatim Yang Diperhambakan Ini Terbela Di Masa Akan Datang


Sumber : says.com
Loading...