Loading...

Badan kehakiman sudah menjadi alat PH untuk menutup mulut rakyat

Loading...
Loading...

KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof akan membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam media sosial.

Menurut Mujahid, fitnah yang dilakukan oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Esmee Bin Mat Isa memberi persepsi buruk terhadap dirinya.

“Fitnah jahat untuk memberi persepsi buruk terhadap diri saya. Walaupun secara jelas video dimuat naik adalah ucapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam majlis sumbangan peruntukan kerajaan sebanyak RM5 juta kepada Nasyrul Quran, namun Esmee Bin Mat Isa ini secara sengaja menulis kononnya Guan Eng merasmikan kompleks ini.

“Saya akan failkan laporan polis dan mengheret beliau ke muka pengadilan,” katanya menerusi laman Facebook beliau malam ini.

Pemilik akaun tersebut memuat naik hantaran dalam laman Facebook dengan mendakwa Mujahid meminta Guan Eng merasmikan pusat pencetakan al-Quran.

“Apa nak jadi Kapir Harbi merasmikan pusat al-Quran. Betapa teruknya Liberaltarian Menteri Agama Islam,” dakwa Esmee Bin Mat Isa.

Pemilik akaun itu turut berkongsi video yang memaparkan ucapan Guan Eng pada majlis penyerahan sumbangan itu. - UTUSAN ONLINE


MR :  Dah rasa berkuasa, sedangkan dapat kuasa daripada keringat rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 πŸ”₯πŸ”₯πŸ’₯Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...