Loading...
Loading...
KUALA LUMPUR: Caj pencemaran sebanyak 20 sen akan dikenakan terhadap pengguna yang beg plastik biodegradasi di Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa 15 Mac ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata pendekatan itu bertujuan memberi kesedaran dan perubahan minda dalam kalangan rakyat mengenai keperluan perbelanjaan kerajaan membersihkan pencemaran sisa plastik, selaras Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030.
Selain itu, katanya, ia berupaya memupuk kesedaran mengenai inisiatif hijau dan menjamin kelestarian alam sekitar.
Beliau berkata, ia kerana maklum balas daripada peniaga dan penjaja mendapati usaha mengurangkan penggunaan beg plastik tidak akan berjaya selagi ia masih disediakan kepada pengguna secara percuma.
“Bagaimanapun, sejak penggunaan produk biodegradasi (mampu terurai secara semula jadi) di Wilayah Persekutuan diperkenalkan, peniaga dan penjaja memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan inisiatif hijau ini.
“Kementerian berharap semua warga mengambil positif dan dapat berganding bahu menjayakan inisiatif pembangunan teknologi hijau di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, pada 17 Oktober lalu mengumumkan semua kerajaan negeri diberi tempoh tiga tahun dari 2019 hingga 2021 untuk menguatkuasakan caj pencemaran.
Bee Yin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri turut diberi kuasa untuk menentukan sendiri nilai caj pencemaran yang mahu dikenakan dan tarikh pelaksanaannya.
Seiring pengumuman itu, Khalid berkata, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan terhadap peniaga dan penjaja yang masih menggunakan beg plastik konvensional untuk pelbagai tujuan.
“Membawa beg sendiri ketika membeli-belah amat digalakkan dan lebih memudahkan, selain menggunakan bekas dari rumah sekiranya ingin membungkus makanan.
“Larangan penggunaan straw plastik masih diteruskan, manakala langkah penguatkuasaan akan mula dilaksanakan pada Januari 2020,” katanya.
MR : Sedikti demi sedikit duit rakyat di'curi'.. PH perompak senyap
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDAsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ π₯π₯π₯Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..π₯π₯π₯
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...