Loading...
Loading...
Mungkin dedak sudah ditabur kepada cytro-cytro Kerajaan sehingga mereka berlumba-lumba menyiarkan infografik di atas di media-media sosial. Sekali pandang nampak seperti kejayaan besar yang dilakar oleh Kerajaan Pakatan Harapan selama 10 bulan memerintah Malaysia. Benarkah info di atas. Di bawah adalah penerangan fakta melawan auta.
☸ Minyak RON95
BN: RM2.36 pernah capai RM2.80
Mana pernah harga minyak mencapai RM2.80? Paling tinggi pun RM2.36. Itu pun untuk satu minggu sahaja. Sejak 3 tahun lalu ini, RON95 pernah jatuh ke RM1.60 untuk beberapa bulan. Contohnya, pada bulan Mac 2016. Baca di sini.
PH: RM1.92 paling tinggi RM2.08.
Ramai sudah lupakah, RON95 pada bulan Disember 2018 adalah RM2.20 kerana Lim Guan Eng mengenakan cukai petrol 30 sen satu liter? Selepas DS Najib Tun Razak bongkarkan perkara ini, Lim Guan Eng terpaksa turunkan menjadi RM1.92 satu liter. Lepas itu harga minyak naik balik lagi ke RM2.08 sekarang.
☸ Bantuan Khas Pesara
BN: RM250
Bohong! Siapa kata hanya RM250? RM500 untuk pesara dan RM1,000 untuk semua penjawat awam. Baca di sini.
PH: RM500
Bantuan Khas penjawat awam hanya RM500 sahaja. Baca di sini.
☸ BRIM
BN: RM1,200
PH: RM1,480
Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120.
Di bawah BN, BR1M adalah RM2,000 untuk tahun 2018. Bukan RM1,200 seperti yang dimomokkan. Belum masuk lagi bayaran khas RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang layak masuk ke universiti. Lagipun, PH sudah mansuhkan BR1M untuk orang bujang, BR1M untuk orang yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000.
☸ Biasiswa
BN: 2016-2018 tiada peruntukan
Ini pun ada orang percaya? Jika tiada biasiswa untuk 3 tahun, sudah kecoh satu Malaysia. Memang ada dan pada kadar lebih tinggi dari PH.
PH: RM3.8Billion untuk tahun 2019.
Potong bajet biasiswa adalah. Mana ada tambah? MyBrain pun sudah mansuh. Baca di sini.
☸ Royalti Minyak
BN: Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak. Bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walaupun bertanya ikut saluran.
Tiap-tiap tahun di bawah BN Terengganu dibayar royalti minyak RM210 juta. Baca di sini.
PH: Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.
Mana ada penuh? 20% royalti minyak sudah bayar ke?
☸ Plan bantuan FELDA
BN: setiap tahun bayaran one-off RM700
PH: RM77juta untuk bayaran one-off, khairat kematian dan elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.
Isu FELDA tidak bayar adalah penipuan PH. Peneroka-peneroka yang kini menderita tahu siapa yang lebih baik. Semua rindu zaman BN. Yang RM77 juta itu jika dibahagikan 120,000 peneroka dapat berapa untuk elaun hidup? RM600 setahun?
☸ Tol
BN: 5 tahun naik 2 kali (PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)
Tol hanya naik sekali sahaja dalam tempoh 9 tahun DS Najib jadi PM iaitu pada tahun 2016 sahaja. Itupun tol pihak swasta. Semua tol di bawah lebuhraya PLUS tidak pernah naik selama 9 tahun DS Najib jadi PM.
Banyak tol telah dimansuhkan di bawah DS Najib. Empat tol sahaja pada akhir tahun 2017 iaitu tol Batu Tiga, Tol EDL Johor, Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga dan tol Sungai Rasau. BN pun tidak pernah berjanji untuk manushkan semua tol dalam bandar.
PH: Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11p.m. - 5 a.m.
Untuk rekod, janji manis ini masih dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi. Janji PH adalah hendak mansuhkan semua tol. Kini mahu bagi diskaun tengah malam. Itupun belum buat lagi sudah mahu mengambil kredit?
☸ Peruntukan sekolah daif
BN: pembantu Rosmah seleweng RM4 billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.
Projek solar mana ada RM4 bilion? Itupun RM1 bilion untuk solar untuk setiap sekolah termasuk kos diesel untuk 380 sekolah tiap-tiap tahun untuk 5 tahun. Pembantu Rosmah didakwa menerima RM5 juta dari pengendali projek. Mana datang RM4 bilion itu?
PH: RM1 billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.
Ini lagi kelakar. RM1 bilion itu sebenarnya sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018 BN. Namun, PH tidak mahu bayar. PH hanya bayar selepas kerajaan Sarawak pinjam RM1 bilion kepada PH untuk PH bagi balik kepada Sarawak.
☸ Kos projek Mega
BN: ECRL: RM71 billion (kos sebenar bawah BN RM55 bilion. Di mana datang RM71 bilion)
MRT3: RM31 billion
MRT2: RM39 billion
PH: ECRL: RM40 billion (Sudah buat ke? Skop apa telah potong?Belum buat jangan mengambil kredit)
MRT3: RM15 billion (PH sudah mansuhkan MRT3 lah. Apa kebodohan ini?)
MRT2: RM30Billion. (Ini kerana banyak stesen sudah dihentikan dan saiz stesen sudah diperkecilkan. Ini bukan penurunan harga tetapi penurunan skop projek. Lain kali naik perbesarkan dan tambah balik stesen lagi mahal.)
Kesimpulannya, propaganda menipu PH masih diteruskan walaupun sudah bergelar Kerajaan. Sudah menang dengan fitnah. Selepas menang masih mahu tipu dan fitnah Rakyat? Berikut adalah kejayaan sebenar Kerajaan PH:
1. Billionaire Alibaba, Jack Ma tidak mahu berurusan dengan Malaysia.
2. Putera Mohammad Salman batal lawatan ke Malaysia.
3. Kerajaan India haramkan jet peribadi PM7 lalu ruang angkasa.
4. Filipina hentikan import sawit.
5. EU hentikan import sawit.
6. Jepun hanya mampu bagi bond Samurai bukan pelaburan.
7. Malaysia buat pelaburan 900 juta USD di Pakistan.
8. Penjualan asset kerajaan besar-besaran.
9. Peningkatan hutang kerajaan sebanyak 55 billiomn.
10. Penjarahan Petronas sebanyak 82 billion.
Loading...