Loading...
Loading...
PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Arden tidak mengambil masa lama menggelar serangan maut di dua masjid di Christchurch kelmarin sebagai tindakan pengga-nas.
Malah, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyifatkan insi-den temb-akan rambang itu dilakukan oleh "seorang pelampau, sayap kanan dan pengg-anas ke-jam”.
Sungguhpun begitu, kebanyakkan media Barat masih 'segan silu' memanggil Brenton Tarrant penggan-as.
Kebanyakkan media sekadar menggelar Tarrant sebagai 'suspek utama' dan tidak lebih daripada itu.
Tindakan berkenaan jelas menunjukkan sikap hipokrit dan double standard Barat.
Barat memberi hujah bahawa tindakan tersebut sekadar perbuatan jena-yah kerana ia perbuatan 'lone wolf' atau bersendirian.
Namun berbeza jika pelakunya adalah orang Islam, media Barat dengan pantas menggelar mereka sebagai pengg-anas.
Jena-yah dilakukan Tarrant adalah sama seperti jenayah dilakukan Stephen Paddock pada 2017, bezanya mangsa bukan beragama Islam.
Paddock, seorang lelaki kulit putih melepaskan temb-akan rambang yang meragut 59 nyawa di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Pembun-uhan besar-besaran ini menyaksikan Paddock melepaskan beratus-ratus temb-akan dari tingkat 32 Mandalay Bay Cas-ino yang turut ce-derakan lebih 500 pengunjung konsert di kawasan berhampiran.
Apa yang mengejutkan adalah jawapan Sheriff Clark County, Joseph Lombardo sewaktu ditanya adakah seran-gan tersebut boleh dikategorikan sebagai serangan pengganas.
Beliau menjawab, pihaknya belum tahu apakah kepercayaan peny-erang.
Jawapan Lambardo jelas mencadangkan jika Islam ialah 'sistem kepercayaan' Paddock, maka tindakannya boleh disifatkan sebagai tero-risme.
Namun, media Barat memberi definisi berbeza kepada Omar Mateen yang mene-mbak mati 49 pengunjung kelab malam g-ay di Orlando pada Jun 2016; adik-beradik Tamerlan dan Dzokhar Tsarnaev dalam kes pengeb-oman dan temb-akan rambang di Boston pada April 2013; juga kes John Allen Muhammad dan Lee Boyd Malvo yang membu-nuh secara rambang dengan temb-akan hendap (sniper) dikenali sebagai 'D.C. Sniper Attack' pada Februari hingga Oktober 2002.
Semua seran-gan ini pantas digembar-gemburkan sebagai tero-risme sedangkan motif mereka bukan demikian.
Apa pun, media Barat sejak dahulu lagi memberi definisi berbeza mengenai pengga-nas atau terori-sme.
Sudah terbukti, jika pelakunya beragama Islam, maka mereka diisytiharkan sebagai pengga-nas, sebaliknya jika pelakunya berkulit putih serta bukan beragama Islam, maka mereka tidak disyaki pengga-nas sehinggalah motif seran-gan dikenalpasti.
Sumber : sinar harian
Loading...