Loading...
Loading...
KOTA BHARU - Seorang lelaki Rohingya cedera di kepala akibat dilibas parang selepas dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek dalam perga-duhan di hadapan Masjid Kubang Siput, Kubang Kerian, di sini, semalam.
Mangsa berusia 23 tahun itu menerima empat jahitan di kepala manakala suspek yang juga suami wanita berkenaan yang berusia 28 tahun pula cedera di bahu akibat digigit mangsa ketika pergelutan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, polis yang bertugas di bilik kawalan menerima maklumat awam berhubung satu pergaduhan bersenjatakan parang pada jam 11.04 malam.
Menurutnya, anggota yang bergegas ke lokasi mendapati pergad-uhan melibat dua lelaki Rohingya dan isteri suspek yang berusia 22 tahun.
“Siasatan awal mendapati pergad-uhan tercetus antara kedua-dua lelaki berkenaan kerana mangsa yang dilibas parang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.
“Mangsa dan isteri suspek dipercayai sudah berhubungan sejak lima bulan lalu dan berkenalan melalui laman sosial Facebook,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, sebelum kejadian isteri suspek terbabit mengajak seorang kakak menemaninya untuk berjumpa dengan 'kekasih gelapnya' itu bertujuan mengadakan perbincangan supaya mangsa tidak menyebarkan gambar-gambar wanita berkenaan.
“Mereka kemudiannya berjumpa di hadapan Masjid Kubang Siput dan pada masa sama suami wanita itu yang berasa tidak sedap hati mengekori isteri dan kakak iparnya itu dan mendapati mangsa berada dekat dengan isterinya.
“Kemudian berlaku pergaduhan dan mereka bertumbuk sebelum suspek mengambil parang dalam keretanya dan melibas ke arah mangsa dan terkena kepala,” katanya.
Abdul Rahim berkata, akibat daripada itu mangsa mengalami luka di bahagian kepala, sementara suspek mengalami sakit di bahu kanan akibat luka digigit oleh mangsa.
“Kedua orang lelaki yang terlibat dalam pergad-uhan ini ditahan untuk siasatan lanjut. Suspek turut dihantar ke HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Kese-ksaan kerana mendatangkan ce-dera dengan senjata tajam dan Seksyen 160 Kanun Kesek-saan kerana gad-uh gempar di tempat awam,” katanya.
Sumber : sinar harian
Loading...