Loading...
Loading...
Asalam admin. Seperti biasa hide kan profil saya. 10 tahun berumah tangga akhirya isteriku hami dan melahikan seorang anak lelaki yang cukup sempurna, dia lah anakku dia lah jantung hatiku. Namun lain pula isteriku. Selepa melahirkan anak, isteriku mula mengabaikan kehendak aku, di ranjang isteriku melayan aku dengan baik, tapi aku tak berpuas hati dengan apa yang isteriku beri. Bukan sahaja di dalam kamar tapi isteriku juga mula tidak menjaga badan. Selepas melahirkan anak, berat badan isteriku naik dari 40 kg ke 94 kg. Punggung mengerutu, perut berlemak, dan mahkota isteriku mula longgar sedangkan dia baru melahirkan satu anak.
Kebetulan aku kenal janda anak 3 ditempat kerjaku yang memang betul2 lawa. Badan slim macam anak dare, menjaga kerbersihan diri, wangi je ditempat kerja bukan seperti isteriku yang selalu bau bawang. Aku mula berhubung dengan janda tersebut, dan janda tu beri apa yang aku mahu, aku pelik sebab janda tersebut. Walaupun anak 3 tapi badan tip top macam anak dare sedangkan isteriku anak 1 tapi sudah barai. Akhirnya aku kantoi dengan isteriku. Isteriku merayu2 minta aku tinggal kan janda tu. Tapi aku tak boleh sebab aku tidak puas bersama isteri..
Namun aku seorang suami yang bertanggung jawab, nafkah anak isteri semua cukup. Aku beli lauk pauk, makanan kering basah, keperluan rumah, aku tidak memberikan isteriku duit sebab nafkah wajib adalah makan, tempat tinggal dan pakaian setahun 2 pasang. Anak ku pula. Bulan2 aku akan beli bahan keperluan nya. Jadi aku memang bertanggung jawab akan hal ini. 3 tahun aku bercinta dengan janda tu. Akhirnya dia mengandung anakku. Aku nyatakan pada isterku kalau aku akan menikahi janda tersebut. Namun isteriku merayu2 tak mahu. Aku cakap aku tak perlukan isteriku. Bodohnya aku ya Allah..
Akhirnya isteriku bersetuju dengan syarat aku kena izinkan dia kerja. Aku pun mengizinkan dia kerja.. dan aku berkahwin dengan janda tersebut. Anak2 janda tu pun berpindah ke rumahku dengan isteri pertama ku. Isteri pertama ku tidak bersetuju min aku bawa isteri kedua ku tinggal dirumah ku tapi aku kena adil apa yang aku beri kepada isteri pertama aku harus beri kepada isteri kedua. Namun isteri kedua berhajat nak tinggal di bilikku dengan isteri pertama dan aku terpaksa arah isteri pertama tinggal di bilik bahagia dapur. Dia akur..
Pernah sekali isteri pertama mengadu kalau isteri kedua pakai barangnya sesuka hati, ku cakap apa barang yang ada dirumah ni. Semua berhak pakai. Dia akur rezeki isteri pertama, dia diterima kerja gov sebagai seorang guru, isteri pertama seorang yang berpelajaran namun dulu aku menghalang dia kerja. Mula lah isteri pertamu kerja, 5 bulan bekerja, aku perasan banyak perubahan pada isteriku, dia dah mula pandai bergaya, make up, berwangi wangian, pakai baju cantik malahan berat badan nya turun mendadak dari 94 ke 50 kg. Isteriku dah mula cantik.
5 bulan je kami duduk bersama. Isteri pertamaku sudah sewa rumah, dah beli kereta axia, so dia keluar rumah dan bebas ke mana2. Aku cakap kepada isteriku kalau nak keluar. Tinggal anak. Sebab aku tau dia lemah bila berkaitan anak. Aku tak sangka min dia sanggup tinggal kan anak. Katanya dia ibu kandung dan dia pasti anak akan cari dia. Dan dia cakap. Dia akan minta fasak dan dia akan pastikan anak dengan dia. Dan sekarang dia tinggalkan anak dengan aku. Aku sebenarnya tak pandai jaga anak, basuh berak lagi aku tak tau, nak beri makan dan mandikan aku tak reti. So aku suruh isteri kedua buat. Isteri kedua tak mahu katanya dia sibuk jaga anak sendiri. Nak hantar p rumah keluarga aku. Mak ayah aku sibuk bisnes. So tak ada jaga anakku. Nak upah pengasuh. Aku tak mampu.
Pernah sekali aku tingalkan anak dengan isteri kedua. Anakku menangis tak henti. Badannya lebam2 aku tak pasti kenapa. Dan akhirnya aku membuat keputusan untuk memberikan anak itu kepada isteri pertama sebab anakku sudah demam terus, sampai tahap sawan. Rupanya anakku di dera ya Allah. Istrriku buat report polis. Aku dah kedua di tahan. Isteri kedua mengaku kalau dia membaling2 anakku sebab stress jaga anak lagi pun dia tengah mengandung. Ya Allah besar nya dugaanmu. Aku terus menceraikan isteri kedua dengan talak 3.
Sekarang. Tarikh perbicaraan ku dengan isteri pertama sudah hampir. Aku dah sedaya upaya pujuk dia nak rujuk demi anak. Tapi dia tak mahu. Katanya dah puas dia merayu tapi aku abaikan dia, di salahkan aku. Katanya punca aku dia gemuk, hodoh, busuk. Sekarang bila aku tak ada. Dia dah cantik. Ya Allah apa salahku. Macam mana aku nak pujuk isteriku untuk rujuk. Katanya sekarang dia dah ada penganti dan akan berkahwin selepas habis eddah. Alahuakbar tolong aku..
Sumber : kisahrumahtangga.my
Loading...