Loading...

Jangan Buang Masa Kalau Tiada Rupa Datang Ujibakat? Selebriti Popular Ini Selar Kenyataan 'Merepek' Penerbit Popular

Loading...
Loading...


Penerbit popular, Datuk A Aida menerusi Harian Metro semalam memberi komen mengenai sesi ujibakat pelakon yang sedang berlangsung. Dakwanya, kebanyakan peserta yang hadir tiada pakej lengkap dari segi rupa untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

Ekoran daripada itu, pelakon berbakat Nurkhiriah dan Que Haidar memberi respon kepada kenyataan tersebut.



Sedar tak, kamu dah hina ciptaan Allah



Terpanggil untuk berkongsi cerita.. Sebab dulu akak pernah dihina sebab memang buruk, takda rupa.. Gemuk.. Hitam.. Kalau tb tu boleh cakap mau menjerit suh cari kerja lain… Nama selalu kena rejek dengan stesen even watak orang gaji..

Sampai patah hati dik oii.. Tapi semua itu HAK ALLAH.. Cuma dulu tak macam sekarang.. Takda media-media sosial ni.. Kalau undi memang undi betul.. Fan-fan ni kurang tak macam sekarang.. Yelaa zaman dah berubah.. Akak faham.. Cuma bila pikir balik berapa ramai pelakon-pelakon dulu yang takda rupa tapi acting bagus nak mamp..

Sori macam kasar sikit bahasa.. Sebab dulu nak dapat peluang tak mudah macam sekarang. Kalau nangis memang nangis sungguh, kalau masuk selut.. Jatuh ke apa ke..semua sendiri takda stunt2.. Sekarang base on follower..

Akak ni dik nasib baik Allah salurkan rezeki melalui #nur.. Sebab abam @budakijat masih nampak, ingat dan tau akan akak.. Orang lain belum tentu.. Kalau ada pun watak ntah pape.. Maaf biarlah akak luahkan rasa sebab bagi yang benar-benar nak jadi pelakon pikirlah masak-masak dik.. Kadang-kadang indah kabar dari rupa..

Nak pemes sangat pun watpe.. Sudahnya nanti kalau sakit belum tentu mampu dok hospital private.. Faham dok maksud akak? Tak paham takpe.. Cuma dalam hidup janganlah kita sombong bila kita ada.. Sebab kita takda pape dik.. Semua Allah punya.. Maaf andai penulisan ni ada yang tak senang.. Malas nak tulis panjang.. Pendek janji paham.. Sudehhh

Bukan sibuk buat duit saja



Katanya.. ‘bakat boleh digilap, Rupa paras adalah perkara paling penting’… Mungkin beliau lupa rupa paras pun boleh ‘digilap’ utk zaman sekarang ni dan akan di telan usia dan setiap hari ada muka baru yg akan muncul..

Tetapi bakat serta ilmu yang akan terus kekal walau sudah ditelan usia.. Got it?! It’s 2019, masih ada lagi ‘orang dalam industry’ yang berpemikiran sebegini sedangkan kita sepatutnya mendidik penonton/khalayak kita untuk menghargai seni/bakat terlebih dahulu.. Our RESPONSIBILITY towards masyarakat.. Bukan sibuk buat duit saja.. Memalukan.. Sila hadam..

Selain Nurkhiriah dan Que Haidar, pelakon veteran Ogy Ahmad Daud turut membidas kenyataan yang dikeluarkan penerbit ini. Mereka sangat tidak bersetuju dan menjelaskan bakat lebih penting jika dibandingkan dengan rupa paras.

Sumber : Nurkhiriah , Que Haidar via ohbulan.com .. :)
Loading...