Loading...

Kerana DAP... Melayu jahanamkan Melayu

Loading...
Loading...
BERJUMPA orang lama dan kaya pengalaman seperti Tan Sri Dr. Rais Yatim, 78, Tumpang lalu merasakan diri dihargai.


Banyak teladan, apa lagi ‘sepak terajang’ politik boleh dikutip daripada otai yang berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri ini termasuklah hari ini beliau masih bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sesekali berjumpa, bersembang dengan Rais, Tumpang lalu akui agak sukar menjangkakan jawapan daripada beliau yang tinggi nilai keintelektualan dan piawaian bahasa Melayunya ini. Ini berbeza sangat dengan sebilangan ahli politik sekarang yang boleh ‘dikarang jawapannya lebih awal’ sebelum sidang akhbar lagi (maaf ya, kena jujur).

Di Wisma Packer 195, pejabat guamannya di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara Jumaat lalu, daripada lebih 150 pertemuan dengan Rais, seingat Tum­pang lalu yang bergelumang de­ngan kerja-kerja kewartawanan ini hampir 25 tahun, soalan cepumas diajukan kepada anak kelahiran Jelebu ini:

Sepanjang Tan Sri terlibat de­ngan politik, apakah situasi politik tanah air yang dilihat paling mencabar?

Kata Rais yang siap berpakai­an baju Melayu lengkap dengan songkoknya:

“Hari ini...Melayu jahanamkan Melayu.”

Tumpang lalu kaget sejenak. Apa maksudnya itu?

Sambung Rais: “Ka­lau DAP dikatakan akan memusnahkan hak Melayu, realitinya saya tak fikir DAP ada kekuatan seperti itu yang difikirkan banyak pihak.

“Saya tak fikir DAP kuat tapi kalau ditolong oleh orang Me­layu, berkemungkinan besar politik Melayu akan hancur...akan ke hilir, kekuatan bangsa kita akan lemah. Tapi kalau setakat DAP berkokok, berkotak-katik, saya tak yakin (Melayu akan musnah).

“Cuma kalau Dr. Mahathir di pihak sana (Pakatan Harapan) bawa fikiran DAP, Melayu akan jahanam...inilah yang jahanamkan Melayu...puncanya Melayu itu sendiri.”

Setahu Rais, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dikepalai Dr. Mahathir tidak ada peta Melayu.

Kalau UMNO, sekurang-se­kurangnya parti itu memiliki daya juang nasionalisme sejak dulu hingga sekarang, antaranya terus perjuangkan hak-hak orang Melayu, malah diutamakan manakala kedaulatan Raja-raja Melayu dipertahankan.

“Peta PPBM adalah sosialis, tidak nampak menjuarakan orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Hanya diutamakan perjuangan nak jatuhkan Datuk Seri Najib. Lim Kit Siang pun sama dengan Dr. Mahathir kini memasuki senja hari. Yang kita khuatirkan ialah (kemunculan) Melayu baharu seperti Rafizi Ramli yang akan bawa pemikiran kononnya Me­layu progresif.

“Jadi, peringkat rakyat akar umbi harus dibawa ke pemikiran mengapa PPBM ini tak pernah jawabpun soalan ke mana Melayu nak dibawa mereka,” kata Rais.

Watak PPBM, kata Rais, amat berbeza berbanding Parti Melayu Semangat 46 (S46) tempoh hari.

Semasa itu, kata bekas Timbalan Presiden S46 tersebut, S46 memperjuangkan Raja-raja, bahasa, budaya dan ekonomi orang Melayu.

“PPBM tidak nampak me­ngepalai perjuangan sebesar itu. Mereka hanya sa­sarkan Datuk Seri Najib. Kalau nak bercakap pasal ekonomi Felda, kita harus buat suatu pencerapan besar yang tidak semata-mata isu FGV atau tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur tergadai. Ini hanya sebilangan kecil daripada aset-aset Felda yang lebih besar. Malang­nya, pendekatan Rafizi (buruk-burukkan Felda) menjadi gendang kecapi dia.

“Nak jatuhkan orang, itu bukan perjuangan. Kalau nak bertransformasi pasal ekonomi, itulah dikatakan maruah diri yang menunjukkan sistem membela rakyat itu menjadi keutamaan,” kata Rais lagi.


MR :  D4P perosak Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 πŸ”₯πŸ”₯πŸ’₯Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...