Loading...
Loading...
TERLEBIH UMNO, terlebih PAS, terlebih Melayu, terlebih Islam, pernahkah kami ambil hak kamu!
Susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Azmin Ali, selepas kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Semenyih yang mahukan, agenda Melayu dan Bumiputera dilaksanakan tanpa apologetik, tiba-tiba beberapa pemimpin ultra kiasu terus melompat. Terserlah, sifat dan wajah sebenar mereka.
Ultra kiasu ini mengingatkan PH agar tidak menjadi terlebih Melayu berikutan kekalahan mereka dalam PRK DUN Semenyih. Katanya, PH tidak seharusnya menjadi terlebih UMNO atau terlebih PAS akibat kekalahan itu. Terlebih Cina bagaimana pula? Boleh?
Lihat apabila Nazri Aziz, sentuh pasal isu sekolah Cina ketika kempen PRK Semenyih, meluap-luap amarahnya sampai sekarang. Repot polis lagi. Wal hal Nazri Aziz berkata, jika hak istimewa Melayu dan bumiputera dipertikaikan, makna kita boleh mempertikaikan kedudukan sekolah Cina yang kewujudannya tidak berperlembagaan.
Sentuh sahaja hak mereka, maka kita dituduh dan dimomokkan dengan terlebih PAS, terlebih UMNO, terlebih Melayu atau terlebih apa lagi. Apakah ultra kiasu ini tidak terlebih Cina? Sangat…
Apa maksud terlebih UMNO atau terlebih PAS? Apakah bukan Islam tertindas di negeri-negeri di bawah pimpinan UMNO dan PAS selama ini? Jangan pergi jauh, lihat sahaja di Kelantan, negeri majoriti besar Melayu. Betapa mewahnya hidup orang Cina di sana dengan tindakan terlebih Islam atau terlebih Melayu.
Pendek kata, semakin ramai peniaga Melayu/Islam dilahirkan, semakin kaya Cina. Hujahnya mudah, kita bukan pengeluar. Tetapi pengguna. Peniaga Melayu memerlukan barang-barang mentah pengedar Cina. Siapa pengeluar/pengedar simen, batu bata, kayu-kayan, ikan, ayam itik (termasuk makanannya), dan lain-lain.
Semakin dasar berpihak kepada Melayu atau Bumiputera, peniaga Cina tetap tidak tergugat, malah semakin kaya. Sila baca Tan Teong Jin, Ho Wah Foon, Tan Joo Lan (2005).
Patung Buddha, baring, duduk dan berdiri, dibina dan dibantu oleh kerajaan negeri, sebesar-besar, selebar-lebar dan setinggi-tingginya, sedangkan penganutnya tidak sampai lima peratusnya. Banyak pulak.
Adakah ini pendekatan terlebih PAS? Ini bukan sahaja terlebih Melayu atau terlebih PAS, ini sudah terlebih beri dan terlebih adil. Jangan bandingkan dengan Batu Caves.
Jika diikutkan bilangan dan statistik, bukan Islam di Kelantan, tidak selayaknya mendapat patung sedemikian besar, tinggi dan lebar. Tetapi hakikat sebenar, kita sudah terlebih beri. PAS sudah ‘terlebih Buddha’ sebenarnya dalam memberikan hak bukan Islam. Mahu apa lagi ultra kiasu?
Inilah toleransi dan kebaikan Melayu yang tidak ada tolok bandingnya. Toleransi kaum lain macam mana? Bukan sahaja mereka tidak bertoleransi, malah agenda Islam dipersenda dan Nabi kami dihina?
Ultra kiasu tidak mengeluarkan sepatah haram pun akan kata-kata supaya tindakan tegas diambil terhadap kuncu-kuncu mereka. Kita sebagai orang Islam sahaja yang bising dan lantang.
Ingatan saya, ultra kiasu boleh bangkitkan isu-isu lain, tetapi hati-hati dengan perkara berkaitan agama, jangan hina agama kami, buruk padahnya. Islam dengan Melayu, sudah sebati, berpisah tiada. Setakat ini kami masih bersabar. Lagipun kami tidak pernah menghina agama kamu, apatah menganiaya.
Jika ada tindakan PH menjadi terlebih Melayu, atau terlebih Bumiputera atau terlebih Islam, selagi tidak menindas kaum dan agama lain, pada hemat saya, itu bukan terlebih UMNO atau terlebih PAS atau terlebih Islam atau terlebih Melayu. Tetapi itulah keadilan sebenarnya.
Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kecualilah tindakan itu menjadikan bukan Islam merana dan teraniaya.
Ini tidak, kekayaan mereka tetap melimpah ruah, rumah ibadat mereka tumbuh macam cendawan sehingga menenggelam Melayu dan Bumiputera. Adakah ini terlebih UMNO atau terlebih PAS?
Percayalah ultra kiasu, selagi Islamlah yang menjadi pegangan dan panduan orang Melayu, UMNO dan PAS dan parti-parti Islam/Melayu lain, selagi itulah bukan Islam atau bukan Melayu tidak akan tertindas atau teraniaya, kerana agama Islam sama sekali tidak membenarkan perkara itu berlaku.
Tidak akan masuk syurga orang Islam yang menzalimi dan menganiaya bukan Islam tanpa sebab, kerana mereka adalah juga makhluk Allah. Jika tidak ada orang bukan Islam, mana datangnya orang Islam?
Islam datang mengIslamkan bukan Islam. Islam tidak turun di kawasan orang Islam, tetapi turun di kawasan bukan Islam untuk mengIslamkan mereka.
Lihat keadaan Makkah sebelum Islam datang. Islamkah mereka? Tidak. Begitu juga alam Melayu. Islamkah Melayu sebelum Islam datang? Tidak. Sebab itulah, kita lihat Islam datang mengIslamkan mereka. Islam begitu cepat berkembang di negara bukan Islam, termasuk Melayu yang dahulunya tidak Islam, bila Islam datang, semuanya menjadi Islam.
Pendek kata, Islam bermula dengan Allah Taala lantik seorang Rasul di kawasan bukan Islam, maka Rasul inilah yang mengIslamkan mereka. Kemudian, Islam tersebar ke merata tempat, seantero dunia. Sebab itu, kita dilarang memusuhi bukan Islam, sebab mereka inilah yang akan memeluk Islam. Adab-adab dan hikmah kena jaga.
Jika dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan pun, Islam mengajar kita supaya beradab, inikan pula dengan sesama manusia.
Nabi kami yang ultra kiasu hina itu, apabila mayat Yahudi dilalukan di hadapan Baginda, Baginda pantas bangun, sebagai tanda hormat, sehinggakan sahabat terpinga-pinga. Sahabat bertanya, “kenapa bangun ya Rasulullah!” Baginda jawab; “tidakkah kamu sedar bahawa mayat yang lalu di hadapan kita itu juga adalah makhluk Allah”. Begitulah ajaran Islam dan hikmahnya dengan bukan Islam.
Dengan mayat bukan Islam yang telah mati pun kami diajar mengenai adab, inikan pula dengan sesama manusia yang masih hidup meskipun mereka bukan Islam, selagi mereka tidak memusuhi Islam.
Ingatlah wahai ultra kiasu, kami sebagai umat Islam ada tanggungjawab terhadap kamu. Begitu juga dengan hak-hak kamu. Dalam konteks, hak-hak kamu ultra kiasu telah terlebih diberikan meskipun ada tindakan orang Melayu Islam yang terlebih Melayu, terlebih UMNO, terlebih PAS, terlebih PAN, atau terlebih rasis?
‘Serasis-rasis’ pun orang Melayu, dengan partinya, mereka tetap jaga hak kamu ultra kiasu. Tetapi malangnya, bila kamu ultra kiasu menjadi rasis, kamu kutuk dan hina bangsa dan agama kami. Kami masih lagi tidak membalas, sebab Islam melarang kami bertindak seperti kamu.
Justeru, jangan kamu bimbang jika Islam menjadi pegangan dalam urusan pemerintahan meskipun mereka terlebih Melayu atau terlebih Islam atau terlebih Arab.
Adakah orang Cina boleh mengembangkan perniagaan mereka ke negara-negara Arab, seperti Doha, Qatar jika mereka terlebih Arab atau terlebih Islam?
Pernah mereka ambil hak-hak kamu. Di Malaysia, usahlah cerita, ibarat syurga bagi kamu untuk mengaut kekayaan negara ini dengan sepuas-puasnya. Pernahkah, Melayu bertanya, “bagilah aku sikit”. Kalau adapun Melayu yang minta, itu rasuah namanya.
Melayu beri kamu lebih daripadanya sepatutnya, kenapa kamu tidak pernah bersyukur.
Cuba ultra kiasu muhasabah, tindakan ultra kiasu yang terlebih Cina sehingga menenggelamkan identiti negara ini yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Jangan pergi jauh, lihat saja persiapan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Kelihatan negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini seperti negara China. Pasar raya skala kecil dan besar serta bandar-bandar penuh dengan lambang-lambang Cina? Ada orang Melayu bising? Perkara sebegini tidak dibenarkan di Brunei. Tetapi kami benarkan.
Ini tidak lagi soal pendidikan berasaskan kaum yang terlebih Cina, sehinggakan mengajar subjek sejarah Cina dan bahasa Cina sehingga menenggelamkan bahasa Melayu dan negara Melayu selaku bahasa dan bangsa teras negara ini.
Peliknya, kenapa mereka tidak bising. Bila ada sahaja agenda Melayu disebut, melompat mereka seperti cacing kepanasan. Tetapi agenda Cina (termasuk bangsa lain) didiamkan begitu sahaja.
Cina Uighur, China, semua hak mereka dinafikan. Hatta, hak yang bersifat peribadi seperti sembahyang, baca Quran, kerja haji, tutup aurat, pendidikan Islam dan lain-lain semuanya dinafikan.
Kenapa ultra kiasu ini diam sahaja? Perkara yang tidak menguntungkan mereka, heboh. Perkara yang menguntungkan, senyap. Inilah wajah ultra kiasu yang sebenar.
Jika umat Islam masih tidak nampak, terus bekerjasama dengan mereka sehingga boleh bercium mulut, malah mempertahankan mereka habis-habisan, alangkah malangnya negara ini.
Prof. Dr Ridhuan Tee
MR : D4P adalah duri dalam daging Umat islam di malaysia
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDAsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ π₯π₯π₯Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..π₯π₯π₯
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...