Loading...
Loading...
Penemuan ma yat kanak-kanak berusia 3 tahun, allah yarham Nur Aisyah Aleya telah meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia, yang menganggap kejadian tersebut sebagai tidak berperike manusiaan.
Lebih memilukan apabila ibu man gsa telah menyerahkan man gsa kepada kekasih ibunya yang didakwa seorang kaki pukul dan panas baran.
Kejadian tersebut telah meninggalkan kesan kepada seorang pengguna Facebook ini, Siti Suryani Yaakop, yang telah menulis sebuah nukilan khas buat kejadian malang yang menimpa allahyarham Nur Aisyah Aleya.
Dari Petikan Facebook Siti Suryani Yaakop
Mak,
Kenapa mak boleh ikut suami orang balik? Isteri dia baik, mak. Mak sendiri cakap isteri dia layan mak dengan baik. Dah orang buat baik pada, mak balas taik dekat dia. Mak tikam belakang dia.
Kenapa mak?….
Mak,
Kenapa mak cuai terhadap Aisyah.
Mak dah tau lelaki tu jahat, kaki pukul. Dia pernah tampar anak mak depan muka mak pun. Mak nampak. Tapi, mak masih percaya nak serah anak mak bulat-bulat dekat dia. Kenapa mak?…
Mak,
Kenapa abai Aisyah mak?
Mak dah hantar anak dekat rumah orang. Dari hujung Januari lagi mak hantar. Lepas sebulan baru mak nak jumpa dan jenguk. Mana mak pergi sebulan lepas mak? Kenapa mak tak tanya tentang Aisyah? Kenapa lepas sebulan baru mak rindu Aisyah, mak?
Kenapa mak?
Mak,
Kenapa masa orang halau mak, mak tak berkeras nak ambil Aisyah. Aisyah kan anak mak. Kenapa mak sanggup tinggal Aisyah kalau mak betul-betul sayang Aisyah. Mak, ada orang macam tercabut nyawa setiap pagi saat nak serahkan anak dia pada pengasuh walaupun pengasuh tu baik. Tapi, mak kenapa sampai hati tinggal Aisyah pada dia tanpa risau mak.
Kenapa mak?…
Tapi, takpa Mak.
Sekarang Aisyah dah lega. Aisyah dah tak sakit lagi. Aisyah tengah main dengan bidadari. Aisyah sekarang di tempat paling indah. Semua makhluk sayang Aisyah. Dekat sini semua makhluk buat Aisyah gembira. Takda siapa akan buat Aisyah lagi.
Aisyah dah tak sakit lagi mak…
TUAN POLIS
Tolong tangkap mak dia sekali.
Mak, kenapa mak serahkan Aisyah kat lelaki tu!
Aisyah kan anak mak, kenapa mak sanggup tinggalkan Aisyah?
Patutnya, tangkap mak dia sekali!
Nukilan daripada Siti Suryani Yaakop, telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju supaya ibu kepada mang sa ditangkap sekali, kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu apabila dengan sewenangnya menyerahkan anak kandung kepada kekasih sehingga menyebabkan keced eraan
Antara komen netizen
Tolonglah tangkap mak dia sekali!
Sumber : Facebook Siti Suryani Yaakop via citemalaya.website
Loading...