Loading...

Menteri Besar Johor Memang Seorang Badut Yang Kelakar

Loading...
Loading...
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata penduduk di kawasan perumahan di sini adalah tidak  tidak terjejas dengan pencemaran kimia yang berlaku oleh kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari. Beliau dipetik berkata,
Saya lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah. Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya. Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari. Kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah.
Osman berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.

Beliau menjawab sedemikian apabila ditanya oleh wartawan sama ada penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai yang tercemar dengan bahan kimia tersebut perlu dipindahkan.

Inilah masalah pengundi-pengundi Johor. Lain kali pilihlah Wakil Rakyat yang berpendidikan dan tidak menipu pendidikan yang dimiliki. Apabila anda memilih jurujual Singer, itulah kualiti Wakil Rakyat yang anda miliki.

Mungkin Menteri Besar Johor beranggapan pencemaran kimia melalui udara itu adalah sebesar kucing parsi kot. Jadi penduduk di Pasir Gudang hanya perlu menutup pintu dan tingkap rumah mereka.
Loading...