Loading...
Loading...
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyokong sepenuhnya siaran langsung perbicaraannya berdepan 7 tuduhan berkaitan SRC International pada Rabu.
Najib memberitahu FMT: “Saya akan menyokong siaran langsung kerana ia akan membantu ketelusan. Rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran.”
Bekas perdana menteri itu berdepan 7 tuduhan pengubahan wang, pecah amanah dan salah guna kuasa berhubung dana mencecah RM42 juta milik SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB.
Rakyat kembali berminat dengan idea siaran langsung perbicaraannya selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi.
Satu petisyen dalam talian yang dilancarkan 9 bulan lalu meraih 34,901 tandatangan pada 9 malam tadi. Penganjur berharap ia dapat mengumpul 35,000 tanda tangan.
Antara yang mendesak perbicaraan Najib disiarkan secara langsung adalah aktivis, Fahmi Reza, salah seorang pengkritik ahli Parlimen Pekan itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebelum ini menolak cadangan menyiarkan perbicaraan Najib.
Beberapa pengamal undang-undang memberi amaran siaran langsung boleh menjejaskan integriti prosiding.
Mahkamah Tinggi akan mulakan pendengaran pada 3 April ini.
MR : Ada PH berani?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDAsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...