Loading...

@ngakorming Tidak Perlu Jadi Penunggang Agama Untuk Simpati Orang Islam

Loading...
Loading...

Tidak perlu Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming untuk menjadi penunggang Agama Islam untuk mendapat simpati masyarakat Islam. Ucapan Nga Kor Ming tidak ikhlas. 

Pertama, apa yang Nga Kor Ming tahu tentang jihad dan husnul khatimah? Apakah tujuan beliau menulis Al Fatihah? Sekadar satu perkataan atau beliau memahami keseluruhan surah berkenaan dan tujuan ianya dibaca?

Kedua, sekiranya beliau ikhlas mengutuk kekejaman serangan ke atas Umat Islam di dua masjid di Christchurch, New Zealand, beliau seharusnya juga memgutuk tindakan rakan DAPnya dari ADUN Mengkibol berhubung kenyataan sensitif dikeluarkan wakil rakyat dari parti itu terhadap insiden serangan pengganas semalam.

Walaupun Chew Chong Sin menarik balik dan memohon maaf sebanyak tiga kali, kenyataan itu tetap memberi kesan yang serius. Tidak pula terbaca sebarang komen dari Nga Kor Ming.

Loading...