Loading...
Loading...
Semalam, kecoh di laman sosial apabila Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee dirakam membuat kenyataan mendakwa pengayuh beca tidak sekolah. Norhizam juga dilihat naik angin setelah menyedari dirinya dirakam dalam kejadian itu.
Norhizam menerusi laporan Utusan Malaysia menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam sesi perbincangan dikatakan berlaku di hadapan Menara Taming Sari di Banda Hilir, Melaka itu.
Dakwa ada cubaan provokasi
Menurut Norhizam, dia ke Menara Taming Sari pada jam 7.10 malam atas jemputan wakil peniaga di kawasan itu untuk membincangkan isu yang berlaku.
Sewaktu berbincang, saya memaklumkan untuk mengadakan kursus kepada pengayuh beca supaya mereka boleh memberi imej yang terbaik kepada mutu pelancongan negeri tetapi seorang daripada mereka yang merakamkan video itu cuba melakukan provokasi terhadap saya.
Perakam sengaja buat demikian
Ujar exco ini lagi, dia yakin individu yang merakam dirinya semalam sengaja berbuat demikian dalam cubaan memaparkan dia memandang rendah kepada golongan pengayuh beca.
Saya percaya individu itu sengaja berbuat demikian kerana rakaman tersebut cuba memaparkan seolah-olah saya memandang rendah para pengayuh beca di negeri ini sedangkan saya datang ke situ untuk mendengar dan menyelesaikan masalah di kawasan itu.
Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Norhizam kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir malam tadi supaya penularan rakaman video tersebut tidak menjejaskan imej kerajaan negeri dan kempen Tahun Melawat Melaka 2019.
Sumber: Utusan Malaysia via ohbulan.com
Loading...