Loading...

PH sudah kalah sebelum bertanding di Rantau

Loading...
Loading...

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau 13 April ini.

Perkara  ini telah diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR petng tadi.

Keputusan pemilihan calon itu katanya telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 9 Mac lalu.

Anwar berkata “Selepas bincang secara teliti, kita tekankan sifat kita yang tidak korbankan penduduk Melayu di Negeri Sembilan. Rantau ada kaitan dengan PRU lalu. Kita pindah ke Rantau kerana ada etnik India yang besar. Sebab kawasan lain ramai (calon) orang Melayu termasuk Port Dickson. Kita lakukan ini atas prinsip menjaga kepentingan semua kaum. Maka kita pilih calon India."

Ini bukan masalah calon itu India atau Melayu tapi masalahnya calon yang dipilih tidak disetujui oleh jentera parti PKR sendiri.

Sejarah penolokan calon bukan sahaja pada PRK kali ini teapi sejak PRU-14 lalu.

Dr S Streramadalah calon payung terjun team Rafizi semasa PRU-14 lalu menepikan calon tempatan. Untuk agenda menjadi calon Rafizi telah melantik Dr S Streramsebagai Penyelaras Dun Rantau. Tak sampai sebulan terus dia dijadikan calon.

Pada masa itu MPKK tidak setuju kerana Dr S Streramadalah bersikap rasis dan tak ambil peduli MPKK. Dia juga tidak banyak turun ke kampung-kampung dan membuatkan MPKK sendiri tak suka Dr S Streram.


 Tak hairan 5 Mac lalu, sebelas pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mempertahankan pendirian mereka menolak Dr. S. Streram menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi DUN tersebut.

Mereka juga sanggup berdepan tindakan disiplin kerana mengadakan sidang akhbar kelmarin bagi membantah Timbalan Ketua PKR Rembau itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi MPKK Kampung Sega, Kamarul Yaakop, mereka menyerahkan perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, malah sedia dipecat daripada jawatan berkenaan.

"MPKK di bawah kuasa Menteri Besar, kalau dia rasa dengan menyingkirkan kami boleh menangkan Streram di Rantau, silakan.

"Kami membantah untuk kebaikan PKR dan bukannya didalangi mana-mana pihak. Kami adalah 'otai' reformasi dan pernah jatuh bangun bersama PKR sejak tahun 1998 lagi," katanya.

Dan tidak mustahil pada PRK nanti mereka akan membuat undi bantahan dengan menyokong Tok Mat (BN).

“Sebagai contoh apabila kami nak perkenalkannya kepada penduduk di Kampung Sega, kami diberi ‘tazkirah’ oleh penduduk yang enggan menerima Penyelaras DUN Rantau itu.

“Penduduk kata kenapa mereka mahu pilih calon yang bukan anak tempatan.

“Lebih baik sokong Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) yang sudah tentu anak jati dan banyak berjasa di Rantau. Macam mana kami hendak bekerja kalau calon tak disukai,” katanya.



Malangnya Anwar sendiri bersikap angkuh dan tak layan 11 pengerusi MPKK ini. Malah pertemuan dijanjikan hanya Anwar menghantar wakil sahaja menerut siumber yang boleh dipercayai.

Sikap angkuh dan sombong untuk mempertahankan orang-orang kerana calon cadangan dikatakan lebih mesra Azmin Ali.

Nampaknya dendam Anwar kepada Azmin makin membara!


Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89


MR :  Dendam itu akan menjadi api akan membakar Anwar dan Dr. S Streram


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 πŸ”₯πŸ”₯πŸ’₯Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...