Loading...
Loading...
Christchurch: Suami kepada wanita berusia 44 tahun yang mati ditembak dalam ser-angan di dua masjid di Christchurch, New Zealand berkata dia tidak menyimpan dendam terhadap pengg-anas itu malah memaafkan lelaki terbabit.
“Saya akan memberitahunya, ‘saya menyayanginya sebagai seorang insan’,” kata Farid Ahmad kepada AFP.
Ketika ditanya sama ada dia memaafkan lelaki berusia 28 itu, Farid berkata: “Sudah tentu”.
“Perkara terbaik adalah kemaafan, kemuliaan, kasih sayang dan ambil berat serta positif,” katanya.
Isterinya, Husna Ahmed adalah antara 50 mangsa yang ma-ti dalam seran-gan itu selepas berlari masuk semula ke masjid untuk menyelamatkannya.
Ketika temb-akan dilepaskan, wanita itu turut membantu menyelamatkan beberapa orang mangsa yang berada di ruang solat wanita serta kanak-kanak.
“Dia menjerit ‘ikut sini, cepat!’ dan menyelamatkan wanita dan kanak-kanak seramai mana yang mungkin untuk dibawa berlindung di taman.
“Dia kemudian datang semula kepada saya yang berkerusi roda. Dia dite-mbak ketika menghampiri pintu pagar. Dia terlalu sibuk menyelamatkan orang lain hingga lupa akan kesela-matan diri,” kata Farid.
Katanya, dia tidak melihat isterinya meninggalkan masjid dan hanya mengetahui berita kema-tian itu selepas melihat gambar mayatnya.
“Ada orang menunjukkan gambarnya selepas ia tersebar di media sosial dan saya mengenal pasti may-atnya,” katanya.
Sumber : harian metro
Berita menarik lain : 'Syukur masih bernyawa walau dihe-mpap ma-yat'
“SAMBIL menangis, dia (suami) tidak berhenti menyatakan rasa syukur kerana masih bernyawa walaupun dihempap banyak m-ayat ketika cedera ditem-bak dalam tragedi berd-arah itu,” kata Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, 48.
Detik hitam itu diluahkan suaminya, Mohd Nazril Hisham Omar, 46, yang ced-era dalam kejadian temb-akan rambang di Masjid An-Noor, Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.
Kini, bapa kepada empat anak itu dilaporkan stabil dan menjalani dua pembe-dahan di Hospital Christch-urch dipercayai akibat kecede-raan di pinggang dan ibu jari kaki kirinya.
Zurinawati yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata, dia dan anak sulungnya, Muhammad Haiqal Daniel, 19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch (CIA) pada 10.40 pagi hari ini.
“Setibanya di hospital itu, hati saya lega melihat wajah suami biarpun keadaannya masih lemah dan akan menjalani pembed-ahan kali kedua hari ini.
“Selain itu, dia bertanyakan mengenai keadaan saya dan anak sambil turut mena-ngis kerana bersyukur terselamat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Shah Alam, hari ini.
Menurutnya, suaminya turut menceritakan kejadian itu yang pada mulanya disangka hanya bunyi mercun biasa di dalam masjid berkenaan.
“Terkejut melihat jemaah lain dite-mbak, dia kemudian cuba melarikan diri, namun kaki dan pinggangnya ditem-bak lelaki berse-njata berkenaan.
“Dia kemudian terjat-uh sebelum dihe-mpap beberapa may-at lain dan turut berlumuran da-rah. Pada waktu itu, dia memberitahu turut dapat melihat jelas lelaki itu menem-bak jemaah lain namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana ced-era,” katanya.
Zurinawati berkata, dia bersyukur kerana suaminya dilaporkan stabil dan akan menerima rawatan rapi selepas selesai pembe-dahan.
Beliau berkata, pembed-ahan kali kedua dijalankan bagi mengenal pasti kece-deraan lain dan mereka sekeluarga berharap segala urusan berjalan lancar.
Beliau berkata, dia kemungkinan akan berada di negara itu selama beberapa bulan untuk menjaga suaminya dan mengharapkan doa rakyat Malaysia turut mengiringi keluarga mereka.
Sumber : hmetro
Loading...