Loading...
Loading...
Mei 2017: Tun Mahathir menulis surat kepada Tan Sri Muhyiddin kononnya mencadang untuk membawa parti Bersatu keluar daripada PH.
Jul 2017: Laporan mengatakan Nurul Izzah telah bergegas memujuk Dr. Mahathir di London supaya kekal dalam PH.
28 Jun 2017: “Sesiapa saja boleh bertaubat, menyokong dan bersama-sama agenda reformasi. Apabila saya lihat kembali apa yang Dr. Mahathir lakukan saya tidak boleh menolak sesiapa saja yang menyokong agenda reformasi kita. Kita haruslah berjiwa besar. Kita haruslah berfikiran terbuka.” -Nurul Izzah
7 Dec 2017: “Jangan benci Tun Mahathir, benci perbuatannya.” -Nurul Izzah
30 Dec 2017: “Saya menerima permohonan maaf Dr. Mahathir dan penglibatannya untuk menyelamatkan Malaysia.” -Nurul Izzah
7 Jan 2018: PH umum Tun Mahathir bakal PM jika menang pilihanraya.
Feb 2018: “Tun Mahathir 2018 tak sama dengan Tun Mahathir 1998.” -Nurul Izzah
22 Julai 2018: “Mahathir bukan Soeharto.”-Nurul Izzah
9 Jun 2018: “Dua tahun sebagai PM bukan perjanjian tetap, ia adalah hanya suatu cadangan.” -Tun Mahathir
16 Sep 2018: “[Ada] perjanjian yang mengikat semua parti dalam Pakatan Harapan (PH), ia mengikat dari proses peralihan daripada Perdana Menteri yang dipilih kepada Anwar Ibrahim.” -Nurul Izzah
17 Dec 2018: “Saya umumkan perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.” -Nurul Izzah
12 Feb 2019: Tun Mahathir terima enam Ahli Parlimen UMNO masuk Bersatu.
12 Feb 2019: Anwar Ibrahim dan Wan Azizah diketepikan daripada Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Azmin dilantik orang nombor dua dalam majlis tersebut di bawah Tun Mahathir.
22 Mac 2019: “Bukan senang untuk bekerja dengan bekas diktator (Mahathir) yang telah membuat banyak kerosakan kepada rakyat. Ini penggal terakhir saya sebagai ahli parlimen. Saya (kecewa dan) patah hati.”- Nurul Izzah
25 Mac 2019: “Saya kecewa dengan siapa yang kecewa.” -Tun Mahathir
KOMEN SAYA:
Saya telah kata lama, sesiapa yang buat perjanjian dengan Dr. Mahathir mesti akan kena tipu, baik Anwar Ibrahim, mahupun anak beliau Nurul Izzah pun dah kena.
Mereka ini tidak pernah belajar dari sejarah.
Kepada Nurul Izzah, apabila anda dan papa anda memujuk Dr. Mahathir untuk masuk PH dahulu, saya rasa agak jelik sebab saya lihat langkah anda tersebut adalah satu langkah yang tiada pendirian.
Sebab selama hampir dua puluh tahun anda dan papa anda telah menentang Dr. Mahathir, dan parti anda pun ditubuhkan atas dasar menentang regim Dr. Mahathir.
Namun tiba-tiba mungkin sebab mabuk kuasa dan ingin mengambil kesempatan untuk menang pilihanraya dengan memecahbelahkan orang-orang Melayu, anda sanggup menggadaikan pendirian anda tersebut dan menggunakan Dr. Mahathir untuk menarik undi Melayu kononnya atas dasar untuk menjatuhkan Najib.
Saya ingin bertanya ikhlas kepada anda Nurul Izzah: selama ini siapa yang sebenarnya banyak menyeksa keluarga dan papa anda?
Dan regim siapakah yang telah melebamkan mata papa anda sebelum menyumbatnya dalam penjara?
Tiba-tiba sebab gelap mata untuk menang pilihanraya anda tiba-tiba lupa?
Dan tiba-tiba anda telah memuji Dr. Mahathir melangit seolah-olah tiada apa-apa yang beliau telah buat kepada anda dan keluarga anda, walaupun sebelum ini macam-macam mudarat yang beliau telah buat kepada papa dan keluarga anda, dan anda dan papa anda pun telah mengecam, mengkeji dan memaki hamun beliau selama hampir 20 tahun?
Kini angin telah berubah lagi. Anda pun nampaknya mengubah pendirian anda lagi secepat angin berlalu.
Kita berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menentang fitnah. Bukan untuk mengambil kesempatan semata-mata untuk mendapat kuasa.
Usah salahkan orang lain tentang hal ini termasuk Dr. Mahathir. Mahathir adalah Mahathir. Dan anda terutamanya sepatutnya lebih tahu dari ini.
Salahkan diri anda sendiri kerana terperdaya mempercayai beliau dan goyah pendirian.
Kembalilah ke pangkal jalan.
Isham Jalil
MR : ............
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDAsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...