Loading...

So Abdul Hadi, u r one hell of a politician.

Loading...
Loading...

Status ni panjang. Dan aku mmg malas nak lukis. Korg baca je la.

Ada yg kata dia tua, nyanyuk, dah x relevan dlm politik Malaysia, namun hakikatnya kata²nya terus bisa menggegarkan iklim politik Malaysia.

Itulah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dan buat kesekian kalinya, dia melakukan checkmate tanpa disedari.

Di saat ketika ini kecoh akan kenyataan Nurul Izzah berkenaan "Mahathir itu bekas diktator dan sukar nak bekerjasama dengan Mahathir", dan diyakini kata² itu bertujuan menguatkan momentum menuju ke arah undi tak percaya ke atas Mahathir, TGHH dengan halus ketika ditemuramah wartawan tadi berkata

"Mahathir bukan diktator. Itu "tegas". Dan ianya sgt perlu terutamanya dlm menguruskan kabinet yg lemah".

Yg menariknya, TGHH menuturkan kenyataan itu TANPA DISOAL oleh wartawan. Tu yg Anwar Ibrahim kata "TGHG x payah bodek Mahathir sgt la!"

Kat sini, ada 3 item yg boleh kita pecahkan :

▪️   TGHH kata Mahathir bukan diktator

▪️   Ketegasan Mahathir adalah perlu utk uruskan kabinet yang lemah

▪️   TGHH membuat kenyataan tanpa ditanya wartawan

Bila TGHH kata Mahathir bukan diktator, secara x langsung ianya melemahkan terus gerakan utk memberikan imej buruk terhadap Mahathir dlm PH sendiri serta menidakkan sama sekali percubaan utk "meraih simpati" sepertimana tahun 1998 dulu. Dulu dalam usaha meraih simpati rakyat, Anwar melabelkan Mahathir sebagai diktator. Tu yg sampai keluar gelaran "mahafiraun" tu. Sapa yg bg gelaran tu? Heh heh heh..

Dan kenyataan TGHH betapa Mahathir terpaksa tegas utk uruskan kabinet yg lemah juga merupakan tamparan yg sgt padu menjawab balas kenyataan Izzah "bukan mudah nak bekerjasama dgn Mahathir". Secara x langsung, blame game akan kembali terarah kpd kabinet yg ada sekarang, dan secara x langsung menjadikan Mahathir ibarat "a disillusioned father trying to control a bunch of prodigal, demented children".

Dan hakikat TGHH mengeluarkan kenyataan tanpa disoal wartawan sebenarnya menambahkan merit kpd kenyataan TGHH. Kita x boleh lg sekadar kata "ah, TGHH mmg la kata gitu sbb reporter soal gitu..." namun kali ini, TGHH memilih utk tidak menunggu soalan wartawan. Berat kat situ der.

So natijahnya apa?

▪️ Sekali lg TGHH tanpa bersusah payah mematikan satu lg strategi menguatkan alasan utk undi tak percaya.

▪️ Anwar tiada pilihan selain terpaksa bersetuju dgn TGHH. Kalau momentum kenyataan Izzah tu kuat, pastinya Anwar akan "ride the wave" tapi bila TGHH terus padam api tu tanpa sempat api tu nak besar pun, Anwar terpaksa membantutkan langkahnya buat kesekian kali. Sbb jika Anwar memilih utk menyebelahi kenyataan anaknya, nampak sgt semua tindakan Izzah ini didalangi dia sendiri.

▪️ Para penyerang PAS dan TGHH juga mati kutu. Adakah para mahadamacai ni mahu hentam TGHH, atau bersetuju dgn TGHH? Kalau mereka hentam TGHH, bermakna mereka setuju bahawa Mahathir itu diktator dan mereka akan dibahan secukup rasa. Kalau mereka bersetuju dgn TGHH pula, sudah tentulah impian menyaksikan Anwar jadi PM semakin mengecil. Tu yg mahadamacai hanya dok main "TGHH kata Mahathir bukan diktator, so adakah memali pun dah suci?" Mcm org bodoh. Padahal TGHH x sebut langsung perihal memali whatsoever.

So TGHH, u r one hell of a politician. Tabik bossku!

Pak Maliki Gagah
Sedapnya popcorn

MR :  Yang paling menarik ialah kerjasama UMNO-PAS dimana TGHH membuat keputusan tidak bersama PH sebelum PRU-14 sangat bijak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...