Loading...
Loading...
Melayu Mudah Lupa...
Melayu Mudah Lupa...
Melayu Mudah Lupa...
Itu kata2 Perdana Menteri ke 7 sewaktu jadi Perdana Menteri ke 4...
Tapi walau banyak mana pun Melayu sekarang terlupa, satu yang minta, supaya Melayu hari ini tak melupakan sejarah Si Kitol dan Raja Mandeliar berketurunan Keling...
Inilah 2 watak utama yang memainkan peranan meruntuhkan Empayer Kesultanan Melayu Melaka...
Dan sebab itu, Melayu yang ada pada hari ini, janganlah lupa sejarah Si Kitol dan Raja Mandeliar pengkhianat bangsa kerana roh Si Kitol dan Raja Mandeliar dah meresap ke beberapa batang tubuh pemimpin negara sekarang ini!!!
Tahun 2018, sejarah negara Malaysia mencatitkan beberapa sejarah besar...
9 Mei 2018, tumbangnya kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan setelah memerintah lebih dari 6 dekad...
Dengan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional, maka ini bermakna hilangnya kuasa pemerintahan bangsa Melayu di tanah air sendiri...
Benar, regim sekarang mempunyai beberapa pemimpin2 Melayu tetapi peranan mereka tidak lebih hanya sekadar 'angguk angguk, geleng geleng'...
Pandang sekeliling kita dengan hati dan fikiran terbuka, pasti akan nampak realitinya...
Cubaan pencerobohan pertama bangsa pendatang ke atas kedaulatan Melayu, di lakukan apabila menteri Melayu di arahkan untuk meratifikasikan ICERD...
Menteri Melayu di suruh menggerakkan usaha meratifikasikan ICERD dan menteri2 Melayu yang lain di kerah ke seluruh pelusuk negara untuk memutarbelitkan cerita ICERD yang kononnya tidak beri kesan pada Raja Raja Melayu dan kedudukan istimewa bangsa Melayu...
Namun rakyat marhein Melayu sekarang tak mudah di perdaya...
Segala2nya di rancang oleh Allah SWT dan setiap yang Allah SWT izinkan pasti ada hikmahnya...
Kerakusan dan kebodohan puak pendatang yang baru mendapat kuasa ingin merampas hak dan keistimewaan bangsa Melayu yelah mendatangkan padah pada mereka...
Bangsa Melayu yang sebelum ini berpecah, telah bersatu menentang regim pendatang dan Melayu2 kayu dalam kerajaan...
Petikan Ucapan DYMM Sultan Ibrahin Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Berkenaan Statut Rom
Petikan titah ucapan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenaan dengan Kuasa dan Kedaulatan Pelembagaan Negeri Johor, Statut Rom serta ICERD :
Saudara saudari sekalian,
Suka saya tegaskan di sini bahawa negeri Johor adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat, lebih awal daripada persekutuan tanah Melayu atau pun Malaysia...
Kedaulatan itu bermakna negeri Johor mempunyai hak dan kuasa dalam melaksanakan perkara2 yang di peruntukkan oleh perlembagaan negeri dan persekutuan...
Oleh itu, saya sebagai raja dan pemerintah utama negeri, mempunyai hak dan kuasa ke atas kerajaan saya, dan memikul tanggungjawab untuk menjaga negeri Johor dan rakyat yang bernaung di dalamnya...
Kuasa negeri terhadap agama Islam, sumber air, hutan dan tanah tidak perlu di persoalkan lagi...
Raja sebagai pemerintah negeri pula mempunyai keistimewaan yang termaktub dalam undang-undang dan bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam sebagai agama negeri dan keistimewaan orang Melayu sebagai bumiputera...
Mana2 pihak yang telah menyentuh hak dan kuasa raja atau kerajaan negeri, adalah melanggar undang-undang negara dan boleh di anggap sebagai penderhaka...
Tindakan Kerajaan Persekutuan yang ingin meratifikasi ICERD dan menandatangani Statut Rom, adalah satu tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kerana ia menyentuh kuasa Raja-Raja dan keistimewaan orang Melayu serta kemuliaan agama Islam di negara ini...
Kerajaan haruslah ingat tentang kontrak sosial dalam sejarah pembentukan persekutuan tanah Melayu dahulu, di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh di sentuh atau di kurangkan...
Oleh yang demikian, suka saya ingatkan kepada kerajaan supaya tidak terus mengikut apa juga konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan orang luar, tetapi akhirnya nanti ia akan memusnahkan kedaulatan negara dan mengugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri.
Tindakan Menteri Luar Meratifikasi Statut Rom Adalah Satu Penderhakaan Terhadap Institusi Raja Raja Melayu
Tapi niat busuk mereka tak pernah padam, akhirnya, ketika marhaen Melayu sibuk dengan PRK Semenyih, Si Kitol mengadap Yang Di Pertuan Agong dengan memberikan nasihat yang salah mengenai implikasi meratifikasi Statut Rome...
Maka atas arahan tuannya, Raja Mandeliar yang berketurunan Raja Keling dan Si Kitol moden dengan bongkak mengeluarkan kenyataan, kalau tak buat salah, tak perlu takut!!!
Baginda Yang Di Pertuan Agong bukanlah ahli undang2 yang mahir, maka sudah tentulah baginda akan meminta pandangan dan nasihat dari Peguam Negara dan juga Perdana Menteri...
Sebagai Peguam Negara, Tommy Thomas memang sedia maklum bahawa termaktub di dalam Perkara 38 (4)(5) dan (6)(C) Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan, apa saja perubahan atau pindaan yang hendak di lakukan, yang berkaitan dengan kedudukan istimewa Raja Raja, MESTI mendapat perkenan dari MAJLIS RAJA RAJA dan bukannya SPB YDP Agong sahaja (BACA DI SINI)...
Setiap perubahan atau pindaan perlembagaan yang di lakukan ke atas kedudukan istimewa Yang Di Pertuan Agong, secara langsung akan juga memberi kesan kepada kedudukan istimewa institusi Raja Raja Melayu yang selama ini tercatat dalam perlembagaan...
Peguam Negara, Menteri Luar dan juga Perdana Menteri sepatutnya menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya memanjangkan isu Statut Rom ke Majlis Raja Raja untuk di bincangkan...
Kerana dengan meratifikasi Statut Rom, kedaulatan SPB YDP Agong serta keseluruhan Raja Raja Melayu boleh di cabar di Mahkamah Jenayah Antarabangsa...
Inilah yang MESTI di jelaskan...
Tetapi inilah yang di lakukan oleh Saifuddin, Tommy Thomas dan Mahathir terhadap bukan saja YDP Agong malah keseluruhan institusi Raja Raja Melayu...
Mereka dengan sengaja dan sedar telah meruntuhkan kedaulatan instusi Raja Raja Melayu yang di perakui dalam Perlembagaan Persekutuan...
Sebab itulah DYMM Sultan Johor menititahkan :
"Mana2 pihak yang telah menyentuh hak dan kuasa raja atau kerajaan negeri, adalah melanggar undang-undang negara dan boleh di anggap sebagai penderhaka"...
Implikasi Ratifikasi Statut Rom Pada Institusi YDP Agong Dan Raja Raja Melayu
Pensyarah Kuliah Undang Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Madya Mohd. Hisham Mohd. Kamal berkata, sebarang kekebalan yang di miliki oleh Ketua Negara atau Ketua Panglima Angkatan Tentera adalah tidak terpakai dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa...
Ini bermakna, SPB YDP Agong, sebagai Ketua Angkatan Tentera, boleh di dakwa atas mana2 kesalahan yang di lakukan oleh Panglima Angkatan Tentera atau mana2 Pegawai Tentera di bawah kawalan efektif SPB YDP Agong...
Ada pendapat yang mengatakan, tidak perlu bimbang kerana tiada kecenderungan YDP Agong atau Panglima Angkatan Tentera berperang dengan negara lain...
Ini adalah pendapat yang dangkal, peperangan akan berlaku bukan saja kerana kita menyerang negara lain tetapi juga kerana negara lain menyerang atau menceroboh kedaulatan negara kita...
Contoh yang terbaik ialah pencerobohan tentera Raja Sulu di Sabah...
Sekiranya Panglima Angkatan Tentera atau mana2 pegawai yang berada dalam kawalan efektif SPB YDP Agong mengetuai Ops Daulat di Sabah melakukan tindakan atau perkara yang boleh di anggap jenayah perang, maka SPB YDP Agong dengan sendirinya boleh di hukum oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa...
Di manakah kedaulatan Malaysia apabila SPB YDP Agong sendiri boleh di hukum atas kapasiti baginda sebagai Ketua Angkatan Tentera?
Kita akui, Perdana Menteri dan Menteri Luar boleh menandatangani persetujuan ratifikasi Statut Rom TETAPI mereka MESTI memaklumkan dan mendapatkan persetujuan Majlis Raja Raja kerana jawatan YDP Agong akan di pilih secara bergilir2 di kalangan Raja Raja Melayu yang menganggotai Majlis Raja Raja...
Kita ingin bertanya pada si Kitol moden dan juga Raja Mandeliar berketurunan dari Raja Keling, apakah keperluan yang mendesak hingga perlu mendapatkan persetujuan YDP Agong secara tergesa2 dan tidak mengikut adab yang sepatutnya?
Apakah tujuan sebenar Si Kitol moden dan Raja Mandeliar yang berketurunan Raja Keling mengelak untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan Majlis Raja Raja mengenai ratifikasi Statut Rom?
Raja Raja Melayu bertanggungjawab melindungi kedudukan dan keistimewaan ugama Islam dan bangsa Melayu tetapi sekiranya kedaulatan institusi Raja Raja Melayu sendiri sudah tidak kukuh, maka runtuhlah benteng yang melindungi keistimewaan dan kedudukan ugama Islam dan bangsa Melayu...
Sebelum Si Kitol Moden dan Raja Mandeliar bersekongkol dengan bangsa pendatang, bangsa Melayu WAJIB bangkit, pertahankan institusi Raja Raja, kerana itulah benteng kukuh yang melindungi bangsa Melayu selama ini!!!
Loading...