Loading...

Subsidi haji ‘panas’ kembali

Loading...
Loading...

Isu subsidi haji kembali menjadi perbualan hangat hari ini, apabila kerajaan dilaporkan akan mengurangkan beban dihadapi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah, pada masa depan.

Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, terus mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan umat Islam, dengan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa subsidi haji akan dikurangkan pada masa depan.

Menjadikan konsep istito’ah atau ‘kemampuan’ sebagai alasan untuk mengurangkan subsidi haji yang ditanggung TH, Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kos sebenar haji adalah RM22,900 dan jika jemaah tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk menampung perbelanjaa, bermakna mereka tidak mampu.

“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu. Tabung Haji bantu mengurangkan beban mereka. Tetapi dari sudut keperluan fikah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan mampu,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

Dalam Islam, mereka yang cukup syaratnya, iaitu berkemampuan, wajib mengerjakan haji sebagaimana yang dinyatakan dalam Rukun Islam.

Kewajipan mengerjakan haji diterangkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran: 97)

Tanpa menjelaskan bila konsep istito’ah itu akan diperkenalkan, Mujahid berkata, ia akan dilaksanakan pada masa depan bagi mengurangkan beban peningkatan kos mengerjakan haji yang ditanggung TH setahun ke setahun.

Hasil carian Ismaweb.net mendapati kempen memperjelaskan konsep istito’ah ini kepada umat Islam sudah dimulakan sejak pertengahan bulan lalu menerusi laman Facebook rasmi TH.

Namun, menerusi komen netizen mereka mengatakan semua umat Islam memahami istilah ‘mampu’ untuk mengerjakan haji.

“Ini semua orang tahu. Sebab itu TH ditubuhkan untuk mengurangkan beban dan membantu umat Islam Malaysia yang dapat pergi haji dengan mudah. Duit pendeposit bukan ke boleh dilaburkan untuk menjana keuntungan, jadi keuntungan itu yang dikembalikan dalam bentuk subsidi haji.

“Kalau pengurusan sekarang tak mampu buat macam tu, please resign! Kepercayaan umat Islam terhadap TH semakin terhakis. Dulu satu institusi Islam yang sangat dibanggakan,” kata seorang pengguna Facebook.

Pada masa sama, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap kerajaan tidak sesekali mempertimbangkan cadangan mengurangkan subsidi haji bagi jemaah muasasah kali pertama.

Katanya, menggunakan alasan konsep ‘istito’ah’ atau ‘kemampuan jemaah’ untuk menghalalkan TH mengurangkan komitmen subsidi yang diberikan selama ini, bagaikan cubaan melupakan matlamat asal penubuhan TH.

“Sedarlah bahawa tujuan utama penubuhan TH sejak awal penubuhannya 1969 adalah untuk membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek yang menyentuh urusan haji rakyat Malaysia.

“Ini termasuklah berfungsi menguruskan dana umat Islam bagi memperoleh keuntungan yang membolehkan TH membantu mengurangkan bebanan jemaah dengan menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar yang terendah,” katanya mengulas perkembangan terbaharu isu subsidi haji itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu mengimbas isu subsidi haji dengan menjelaskan bahawa ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, tiga kali pengurusan TH memohon kepada kerajaan untuk menaikkan caj mengerjakan haji terhadap jemaah.

Namun, katanya, ketika itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak tidak pernah bersetuju dan sentiasa mengingatkan mengenai matlamat penubuhan TH, malah membantu TH dengan memberikan peluang perniagaan, pelaburan dalam pelbagai sektor, termasuk hartanah bagi memastikan TH mempunyai kekuatan kewangan yang mantap dan memperoleh keuntungan optimum bagi meneruskan usaha membantu rakyat, khususnya jemaah Haji.

“Apakah kenyataan YB Dr. Mujahid yang terbaru ini memberikan indikasi bahawa kerajaan PH tidak lagi mahu membantu TH mengembangkan perniagaan mereka?

“Atau, apakah ini juga memberikan isyarat kegagalan penstrukturan semula TH, termasuk kesilapan keputusan penjualan aset-aset strategiknya kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM19.9 billion?,” katanya. - ISMA WEB


MR :  Antara menteri ego tak bertempat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...