Loading...
Loading...
Keputusan Inkues Kematian Allahyarham Muhammad Adib yang diumumkan pagi tadi merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Peguam Negara kesayangan PH, Tommy Thomas.
Di mana dia nak letak mukanya sekarang.?
Tommy Thomas mencipta sejarah baru negara apabila menjadi Peguam Negara yang pertama dikenakan tindakan menghina Mahkamah (contempt of court).
Manakan tidak, belum pun keputusan inkues diumumkan, dia sudah pandai-pandai membuat pendirian yang berbeza.
Afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April 2019 menyatakan kecederaan dialami Muhammad Adib bukanlah sebab dipukul.
Hebat bukan Peguam Negara lantikan PH ini.?
Ia secara terang lagi nyata telah cuba campur tangan secara salah dalam proses menegakkan keadilan.
Inkues sedang berjalan pada ketika itu tetapi dia sudah pun menetapkan keputusan sendiri.
Di manakah suara sekalian pemimpin dan juak penyokong PH yang begitu mengagung-agungkan integriti Tommy Thomas pada ketika dia dilantik Peguam Negara dulu.?
Inikah integriti.?
Inikah Rule of Law.?
Tommy Thomas yang tidak tahu malu ini sebenarnya ada 2 pilihan samada letak jawatan atau dipecat sahaja.
Persoalannya adakah Kerajaan PH berani untuk bertindak sedemikian rupa sedangkan Peguam Negara ini sudah berjasa begitu besar menyucikan segala salahlaku pemimpin dan kaum kerabat PH.?
Syed Ahmad Fadhli
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...
