Loading...

Doa Kristian di sekolah isu serius dan ancaman

Loading...
Loading...

KUALA LUMPUR: Isu bacaan doa Kristian di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist Pulau Pinang bukan sengaja dibesarkan, tetapi ia masalah serius melibatkan kebimbangan Bumiputera Muslim terhadap soal akidah.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pulau Pinang, Mohd Akhir Che Mat berkata, apatah lagi dengan isu rasis serta penghinaan kepada Islam yang semakin menjadi-jadi sejak PH berkuasa menyebabkan isu ini sukar ditoleransi.

Oleh itu katanya, kebimbangan yang wujud datang bersama tentangan keras dan soal ibu bapa menghantar anak ke sekolah begini adalah perkara lain yakni berkait kualiti pendidikan dan bagi masa depan anak-anak mereka.

"Tetapi harapan besar mereka dipesongkan oleh tindakan amat tidak bertanggungjawab dan melanggar Perlembagaan Negara. Apa yang penting memahamkan gereja dan sekolah terlibat mengenai kesilapan yang mereka langgar," tegasnya.

Beliau merujuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan; Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia; Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan; Seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996; dan 505 (C) Kanun Keseksaan.

Mohd Akhir turut membidas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang dilihat tiada nilai dan autoriti untuk bercakap mengenai 'double standard' kerana isu rasis dan ancaman terhadap Islam lebih berleluasa.

"Bumiputera Islam yang mempunyai hak tulin dalam Perlembagaan hanya boleh bersabar dan 'makan hati'. Ramasamy yang dilihat terlibat dengan LTTE melalui gambar, video dan ritual jelas boleh tersenyum bahagia.

"Ini sebenarnya 'double standard'! 'Checkmate'!" sindirnya untuk direnungi oleh semua pihak. - HARAKAHDAILY 3/10/2019


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...