Loading...
Loading...
2 serangan terbuka Anwar Ibrahim ke atas Hishamuddin Tun Hussien aka H2O, membawa petanda bahawa iklim politik negara akan dilanda ribut yang besar...
Secara terbuka dan jelas, Anwar Ibrahim memberitahu bahawa ada percubaan yang didalangi oleh MP Sembrong, H2O, untuk menghalang dari peralihan kuasa yang dikatakan telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan antara Dr. Mahathir dan Anwar...
Bukan hanya di dalam Dewan Rakyat, malah ketika di luar Dewan Rakyat, Anwar sekali lagi melakukan serangan yang sama ke atas Hishamuddin...
Kalau kita masih ingat lagi, dalam satu sidang media kepimpinan Pakatan Harapan selepas Kongres Melayu, Anwar telah menyindir Dr. Mahathir secara berdepan...
Persoalannya, mengapakah Anwar secara terbuka dan berdepan berani menyerang Dr. Mahathir dan secara terbuka mengaitkan Hihsamuddin dalam perkara ini?
Hishamuddin pernah dikatakan sebagai dalang utama yang merancang MP keluar dari UMNO awal tahun 2019 (BACA DI SINI)...
Akibat dari gerakan yang dikatakan telah dilancarkan oleh Hishamuddin, beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan terutamanya DAP telah melenting dan mengeluarkan beberapa kenyataan yang mendesak Dr. Mahathir supaya tidak menerima mana-mana MP UMNO yang melompat parti...
Bergegar Pakatan Harapan waktu itu...
Dan sekarang sekali lagi dikaitkan dengan perkara yang sama...
Orang tua-tua kata, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang...
Hishamuddin cuba untuk menafikan apa yang sedang hangat diperkatakan bukan saja di kalangan ahli politik malah menjadi perbincangan hangat di merata ceruk rantau di Malaysia sekarang ini (BACA DI SINI)...
Sekarang pokok dah bergoyang kuat (BACA DI SINI)...
Yang nyata, Pakatan Harapan secara jelas goyang dengan usaha untuk menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP dan PAN, yang sedang dilakukan oleh Hishamuddin (kalau memang ada)...
Kalau tidak, masakan Anwar sampai terpaksa lepaskan geram depan Dr. Mahathir dan juga di dalam dan di luar Dewan Rakyat menyerang Hishamuddin...
Kalau tidak rasa terjejas, masakan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan terpaksa mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan kebersamaan mereka dan tidak akan berpecah...
Yang jelas seperti cacing kepanasan sudah tentulah Anwar, DAP dan PAN...🤯🤯🤯
Sebab, kalau apa yang diperkatakan itu menjadi nyata, Anwar akan kekal sebagai PM tepi buat selama-lamanya, DAP dan anak angkatnya PAN, akan tersingkir dari kerusi empuk di Putrajaya!!!
Sebab itu kita perhatikan, yang terlompat-lompat macam beruk untuk keluarkan kenyataan hanyalah Anwar, DAP dan juga PAN...🤪🤪🤪
Steadylah Sembrong, dahsyat juga penangan Sembrong nie yer...
Apapun percaturan mereka, biarlah mereka dan keluarga mereka yang selesaikan...
Yang penting ialah, langkah Putrajaya yang digerakkan Sembrong bukanlah langkah yang mendapat restu dari gabungan parti dalam Muafakat Nasional terutamanya UMNO dan PAS...
UMNO dan PAS mesti terus perkukuhkan perpaduan dan penyatuan nasional untuk kita merampas Putrajaya secara bersih dalam PRU 15 nanti...
Tanpa perancangan seperti yang dilakukan Sembrong, tanpa PAN, tanpa PPBM dan tanpa PKR dan lebih-lebih lagi tanpa DAP, In Sya Allah, Putrajaya akan menjadi milik parti gabungan Muafakat Nasional...
Loading...