Loading...
Loading...
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berang dengan penulis Hew Kuan Yew yang menyifatkan orang Melayu yang bersimpati dengan nasib Uyghurs di China sebagai radikal
"Dia memang “Super Stupid Superman... Sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “Radikal”
"Kalau ini bukan rasisme, saya tidak tahu apa," kata Syed Saddiq pada hantaran Twitter hari ini.
Hantaran menteri turut menyertakan petikan daripada komik 'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)' yang menyentuh mengenai radikalisme Islam.
Ia berbunyi: "Pemuda Melayu yang radikal yang prihatin tentang pelaksanaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap China.
"Terutamanya dalam hal mengenai kerajaan China mengharamkan sekelompok minoriti Uighur yang terlibat dalam gerakan pemisah yang telah mengancamkan perpaduan dan keharmonian masyarakat."
Buku komik BRI menjadi sorotan selepas bekas perdana menteri Najib Razak mengadu buku itu diedarkan di sekolah-sekolah, yang membawa kepada larangannya daripada Kementerian Pelajaran.
Hew telah mempertahankan buku komik karangannya itu berkata ia bertujuan mempromosikan pemahaman yang lebih baik tentang projek BRI China.
Kerajaan China telah menempatkan kira-kira 1.5 juta umat Islam Uighur di "kem pendidikan semula" yang didakwa perlu dilakukan demi memerangi ekstremisme Islam.
Layanan terhadap etnik Uighurs telah dikritik ramai pihak di negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Malaysia lebih banyak berdiam diri mengenai layanan China terhadap Uighurs.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menjelaskan hal tersebut kerana China adalah sebuah negara yang kuat, selain rakan perdagangan terbesar Malaysia.
Pada masa ini, kerajaan terikat kepada Beijing melalui projek-projek era BN seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur yang dirundingkan semula PH selepas berkuasa.
Putrajaya juga masih berunding dengan China untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan projek saluran paip Multi-Produk (MPP) dan Paip Gas Rentas-Sabah (TSGP).
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...