Loading...
Loading...
Baru sebentar tadi, saya terbaca satu liputan berita Free Malaysia Today (FMT) di mana Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, dilihat seolah-olah mencabar pihak polis menahannya sambil membuat rujukan kepada penceramah bebas Dr Zakir Naik.
Apa, Ramasamy pikir negara ini bapak dia yang punya ke?
Kenyataan Ramasamy ini dipercayai bersangkut paut dengan penahanan dua ADUN DAP yang dikesan mempromosi, menyokong, menghasut dan mencari dana untuk kumpulan LTTE, iaitu sebuah kumpukan yang bertapak di Sri Lanka yang disahkan oleh lebih 30 negara sebagai kumpulan pengganasdan ekstremis.
Seharusnya, sebagai seorang wakil rakyat berjawatan yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui kerajaan Pulau Pinang, Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada rakyat jelata dengan memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini tidak, apabila ditanya berhubung ura-ura beliau mungkin ditahan, beliau terus bersifat angkuh dan sombong sambil merujuk kepada Zakir yang sebelum ini dituduhnya masuk campur hal ehwal politik tempatan.
Pada 20hb September 2019, saya menulis:
Penyertan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE (LTTE Constitutional Affairs Committee) mengesahkan bahawa beliau masuk campur secara langsung dalam hal-ehwal politik negara asing dan nasib sebuah kumpulan pengganas.
Ini memandangkan jawatankuasa tersebut berpusat di Sri Lanka dan disertai oleh wakil-wakil dari kerajaan Sri Lanka dan Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE), sebuah organisasi politik Sri Lanka yang disahkan lebih 30 negara sebagai kumpulan pengganas.
Penyertaan Ramasamy dalam jawatankuasa tersebut disahkan oleh beliau sendiri.
Ironinya, Ramasamy sebelum ini menuduh Dr Zakir Naik campurtangan dalam politik tempatan biarpun bukan warganegara Malaysia.
Malah, Ramasamy turut merupakan ahli DAP, sebuah parti politik yang kerapkali mengungkit label pengganas yang diberian kepada Zakir oleh kerajaan India setiap kali pemimpin-pemimpin parti tersebut mengkritik ataupun melemparkan tohmahan terhadap Zakir.
Kesemua ini merupakan hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh kedua-dua DAP dan Ramasamy.
Saya nak tanya, siapa sebenarnya manusia bernama Ramasamy ini sehingga kedua-dua LTTE dan kerajaan Sri Lanka teringin sangat beliau masuk campur urusan perdamaian yang terang-terang melibatkan hal-ehwal politik negara asing?
Satu dunia tahu bahawa urusan tersebut tiada kena-mengena dengan kerajaan Malaysia ataupun kerajaan Sri Lanka, jadi apakah hak Ramasamy sebagai warganegara Malaysia untuk libatkan dirinya dalam hal ehwal politik LTTE dan kerajaan Sri Lanka?
Apakah Ramasamy melakukannya dalam kapasiti peribadi, atau adakah ini satu usaha sulit melibatkan DAP dan (atau) kerajaan negeri Pulau Pinang bersama kedua-dua LTTE dan kerajaan Sri Lanka?
Ramasamy janganlah berlagak bongkak dan sombong dengan PDRM. Ingat, PDRM ini polis diraja Malaysia, bukannya polis bapak kau.
Kalau kau sebagai wakil rakyat boleh berlagak begitu sombong dengan polis, bayangkanlah kesannya apabila rakyat jelata mula berlagak bongkak atau menghina pihak yang sememangnya diamanatkan menjaga ketenteraman negara.
Menghina atau mencabar institusi PDRM boleh juga ditafsir sebagai menghina atau mencabar institusi diraja, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan konspirasi kerjasama dengan kumpulan pengganas.
Jika disabit kesalahan, ianya boleh ditafsir sebagai pengisytiharan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan boleh menjurus kepada hukuman mati.
Jangan bermain dengan api Ramasamy.
Raggie Jessy Rithaudeen
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...