Loading...
Loading...
Saya sedia berdepan jawatankuasa disiplin parti kerana saya percaya dengan hati nurani bahawa saya tidak salah.
Sebagai penyokong setia Pakatan Harapan, menjadi kewajipan dan tanggungjawap saya sebagai wakil rakyat untuk bersuara bagi pihak rakyat.
Dengan berbuat demikian saya dapat mengekalkan nilai-nilai demokrasi yang kita amalkan di DAP.
Sama ada di hadapan jawatankuasa disiplin parti atau sebaliknya, saya akan terus mempertahankan hak kebebasan bersuara.
Semua ulasan dan pendapat yang saya luahkan dibuat dengan tulus hati, dan ia tidak mewakili pandangan parti.
Oleh itu, tidak ada niat untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam gabungan PH dan pastinya bukan dalam parti yang telah saya berkhidmat selama bertahun-tahun.
Banyak perkara yang saya bangkitkan juga adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh masyarakat awam secara terbuka melalui media sosial.
Rakyat hari ini prihatin dengan kerajaan yang mereka pilih tidak dapat menunaikan janji-janji dalam manifesto, khususnya apabila Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa manifesto itu dibuat ketika PH menganggap ia tidak akan menang dan menjadi kerajaan persekutuan.
Kita tidak boleh membenarkan PH, malah perdana menteri sendiri, untuk mengheret kita ke jalan yang sama diambil oleh bekas rejim, Barisan Nasional. Ketika ini, rakyat tidak berpuas hati dengan Dr Mahathir apabila banyak janji-janji tidak dipenuhi. Antaranya, Lynas, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), pemansuhan tol, pinjaman PTPTN, royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak, dan hak persamaan kaum India di Malaysia baru.
Perdana menteri tidak boleh bertindak secara sepihak, terutama mengenai beberapa isu yang mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap PH.
Akhir-akhir ini, beliau juga telah menjengkelkan beberapa kerajaan dan negara hingga menjejaskan hubungan dua hala. Sebagai contoh, India telah mengambil keputusan untuk memboikot minyak kelapa sawit negara. Ini akan membantutkan eonomi negara, terutamanya jika China juga bertindak sama susulan kenyataan Dr Mahathir mengenai ketua eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.
Sementara itu, jika desakan supaya tindakan terhadap saya dikatakan adalah wajar, mengapa tidak ada tindakan yang diambil terhadap Mohammed Azmin Ali yang secara terbuka menolak konsensus Pakatan Harapan mengenai penyerahan jawatan perdana menteri?
Apa pun keputusannya, saya akan tetap berpegang pada hati nurani sebagai wakil rakyat yang melihat rakyat sebagai ketua saya.
RONNIE LIU
Loading...