Loading...
Loading...
KOTA BHARU: Komik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikatakan menyebar propaganda komunis dan DAP diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah di negara ini.
Pengerusi Lajnah Pendidkan PAS Pusat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, dibimbangi gerakan halus yang sangat jahat, subversif itu cuba mengubah struktur asas pembinaan negara kita.
Sedangkan, katanya komunis bertentangan ideologi negara dan pernah diisytiharkan musuh nombor satu negara.
“Rakyat Malaysia tidak akan lupa dengan kerosakan dan keganasan yang dilakukan komunis kepada rakyat dan negara ini.
“Di saat pihak keselamatan bergelut dengan ancaman keganasan LTTE, satu lagi pemikiran ancaman keganasan komunis pula cuba disebarkan.
“Lebih mendukacitakan lagi apabila pelajar sekolah dijadikan sasaran pihak berkepentingan tersebut. Golongan itu nampaknya sangat melampau dan melampaui batas,” katanya di sini.
Semalam, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff membangkitkan penyebaran komik yang menyebar kefahaman mengelirukan di sekolah-sekolah.
Malah sebuah portal berita melaporkan Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau mendakwa komik berkenaan diterbitkan secara sah.
Ia diterbitkan hasil kerjasama antara Hew dengan artis tempatan Chong Po Ling. – HARAKAHDAILY 18/10/2019
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...