Loading...

LIMA lagi individu yang disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE ditahan hari ini

Loading...
Loading...



5 lagi dikaitkan LTTE ditahan

MyMetro


Antara tujuh individu yang ditahan Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman selepas dipercayai terbabit dengan pengganas LTTE sebelum ini. Foto Ihsan PDRM


Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my





LIMA lagi individu yang disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditahan hari ini dalam satu operasi khas polis di beberapa negeri hari ini.

Menurut sumber, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.


"Betul ada tangkapan baru kerana disyaki terbabit LTTE pada hari ini, susulan daripada penahanan tujuh individu sebelum ini.


"Maklumat lanjut berhubung penahanan mereka itu akan dimaklumkan dalam sidang media esok," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, satu sidang media akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Bukit Aman berhubung penahanan individu berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.

Mereka itu ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dalam operasi khas bermula 9 pagi hingga 2 petang pada Khamis lalu.

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/506365/5-lagi-dikaitkan-ltte-ditahan


Gugur jawatan EXCO dikait LTTE

MyMetro




Amir Mamat
cnews@nstp.com.my





UMNO Melaka mendesak kerajaan negeri bertindak tegas dengan menggugurkan jawatan EXCO terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA), 10 Oktober lalu.

Tindakan sama juga perlu diambil ke atas dua individu yang masing-masing menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri serta ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut ditahan di bawah akta sama, semalam.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, tindakan berkenaan sebagai membuktikan ketegasan kerajaan membendung kegiatan keganasan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.


Beliau berkata, mana-mana individu yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan tidak sewajarnya diberi jawatan dalam kerajaan, apatah lagi berkait rapat dalam urusan membabitkan rakyat.

“Apabila seorang EXCO negeri atau penjawat awam terbabit secara langsung dalam perhimpunan memperingati kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Melaka tahun lalu, jelas membuktikan mereka mendukung aktiviti keganasan di negara ini.

“Sangat janggal dan tidak wajar mereka menjawat jawatan dalam kerajaan dan sepatutnya mereka dipecat serta-merta daripada jawatan berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) negeri di Klebang, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Wira Abu Bakar Mohamad Diah dan Pengerusi UMMAH negeri, Hishammudin Abu Bakar.

Pada 10 Oktober lalu, polis menahan ADUN yang juga EXCO negeri dari DAP kerana disyaki terbabit dalam perhimpunan kumpulan pengganas LTTE di Melaka, tahun lalu.

Terbaru, polis menahan dua lagi ahli DAP masing-masing seorang CEO sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan seorang ahli majlis PBT, petang semalam, yang dikatakan terbabit sama dalam kegiatan berkenaan.
Loading...