Loading...

Polis Serbu Pusat Hiburan GRO Asing

Loading...
Loading...

MKL Crimedesk


Jabatan Siasatan Jenayah atau JSJ Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu tiga premis hiburan di Jalan Kuchai Lama, tengah malam tadi.

Dalam serbuan yang dijalankan serentak menerusi operasi khas, Ops Noda itu, 64 gadis warga asing ditahan.

Operasi diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad bermula kira-kira jam 12.30 malam, ketika sebahagian besar gadis terbabit sedang leka berhibur dan melayan pelanggan masing-masing.

Turut serta dalam serbuan, lapan pegawai dan 40 anggota JSJ IPK Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati sebahagian besar gadis warga asing terbabit dipercayai memasuki negara ini sebagai sebagai pelancong dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Seramai lebih 200 pengunjung ketiga-tiga premis berkenaan turut diperiksa bagi mengesan sebarang elemen kongsi gelap.

Turut ditemui di salah satu premis terbabit, bahagian tingkat atas yang menempatkan beberapa bilik lengkap dengan bilik air dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Brickfields berhampiran untuk tindakan selanjutnya dan disiasat mengikut Akta Imigresen.

Operasi adalah antara komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang kegiatan maksiat dan jenayah, termasuk pelacuran serta penyalahgunaan dadah di premis hiburan di seluruh negara.

#MKLCRIMEDESK
#OPSNODA
#PDRM
Loading...