Loading...

Rakyat Semakin Tidak Mampu Miliki Rumah...

Loading...
Loading...

Ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki perumahan berasaskan nilaian harga semasa adalah sangat serius berdasarkan piawaian standard antarabangsa.

Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Qaiser Iskandar Anwarudin berkata, piawaian standard antarabangsa itu dikemukakan Demographia dan diperakui Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah baharu dilancarkan kerana harga purata hartanah baharu bernilai RM417,262 berbanding harga maksimum rumah mampu dimiliki mereka hanya bernilai RM282,000.

"Tahap ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah masih menjadi faktor penghalang utama kepada mereka untuk memiliki rumah sendiri.

"Sebuah rumah dianggap mampu milik sekiranya harga ditawarkan tidak lebih daripada tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah.

"Mengikut faktor kemampuan rakyat berdasarkan median multiple, harga rumah di Malaysia pada 2016 berada pada kadar 4.4 berbanding 3.9 pada tahun 2012, bermakna kadar ketidakmampuan rakyat membeli rumah sendiri semakin meningkat," katanya pada sesi taklimat penerangan bersama media mengenai tajuk 'Household Indebtedness di Sasana Kajang di sini hari ini.

Lebih mengejutkan, Qaiser Iskandar mendedahkan hutang isi rumah rakyat Malaysia kini berada pada tahap 82.2 peratus daripada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekali gus antara tertinggi di rantau Asia.

Laporan penuh sila baca di SINI
Loading...