Loading...
Loading...
Dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk tujuan membina sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera, Pulau Pinang (BACA DI SINI)...
Menjadi satu tandatanya kepada kita, mengapakah kerajaan persekutuan perlu membelanjakan duit rakyat sebanyak RM100 juta untuk tujuan itu?
Lebih memusykilkan lagi ialah Bukit Bendera diuruskan oleh operator swasta bernama The Habitat Penang Hill...
Syarikat ini diberi hak menguruskan Bukit Bendera dari zaman Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang...
The Habitat Penang Hill bukanlah syarikat yang diperbadankan di bawah kerajaan persekutuan atau pun kerajaan negeri Pulau Pinang...
Kalau pun diperbadankan di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang, dana pembangunan mestilah datangnya dari Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bukannya kerajaan persekutuan...
Jadi kenapa kerajaan persekutuan perlu bagi RM100 juta duit rakyat kepada syarikat ini untuk membina kereta kabel baru?
Dah namanya syarikat swasta, cari lah duit sendiri...
Kenapa nak guna duit rakyat?
Perlu diingatkan, selama 2 tahun berturut-turut (2019 dan 2020), kerajaan Pakatan Harapan membentangkan bejet defisit!!!
Apakah ini adalah satu cubaan untuk selewengkan duit rakyat atau pun tindakan untuk mengkayakan kroni menggunakan duit rakyat...
Kalau Dr. Mahathir sibuk kata orang Melayu asyik mengharapkan tongkat dari kerajaan, RM100 juta untuk syarikat swasta bukan lagi tongkat tapi kerusi roda yang diberikan kerajaan kepada sebuah syarikat swasta...
Apa menafaat yang akan rakyat perolehi dari dana RM100 juta yang akan dibelanjakan kepada The Habitat Penang Hill?
Perkara ini wajib disiasat oleh SPRM kerana wang yang digunakan adalah wang hasil dari titik peluh rakyat...
Dan rakyat berhak tahu ke mana, kepada siapa dan untuk tujuan apa setiap sen wang rakyat dibelanjakan!!!
Loading...