Loading...

Tak Perlu Pujuk.. Itu Tanggungjawab Saya - Azmin

Loading...
Loading...

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata Anwar Ibrahim tidak perlu memujuk ke mesyuarat majlis pimpinan pusat dan biro politik parti, mengatakan beliau pasti akan bersama apabila tiada urusan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertemuan 30 minit bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution di kafe Parlimen hari ini.

“Mengapa perlu dipujuk, itu tanggungjawab saya. Ada pertemuan parti yang saya pergi. Ada perbincangan parti yang dapat hadir. Tidak ada masalah.

“Kalau saya tidak ada tugas kerajaan, pastinya saya akan bersama dalam program parti. Kalau saya pergi lawatan ke negeri-negeri pun, selain program kerajaan saya akan bertemu dengan pimpinan parti negeri,” katanya.

Sebelum itu, Anwar ketika ditemui pemberita berkata pertemuan dengan timbalannya itu hanya membincangkan hal ekonomi.

Pertemuan itu disebalik desas-desus perpecahan antara Anwar dan Azmin selepas kemunculan video seks sejenis mirip seorang menteri pada Jun.

Anwar menafikan pertemuan tadi perbincangan dengan Azmin, yang dikatakan tidak menghadiri mesyuarat pimpinan parti, dipercayai kerana pergeseran dalaman.

Dalam pada itu, Azmin menafikan ada pergolakan dengan Anwar.

“Ada ke pergolakan? Tidak ada. Kita sebagai orang Islam dan Melayu kita mesti disuruh untuk melakukan muhasabah,” katanya.

Azmin berkata pertemuan tadi tidak membincangkan hal parti, sebaliknya menumpukan isu rakyat.

“Kita ada masa dan ketika bincang mengenai parti, dan ketikanya kita beri tumpuan kepada isu rakyat,” katanya.

Loading...