Loading...

Terbukti Ramai Pemimpin DAP Ada Kaitan Dengan LTTE, Bukti Apa Lagi Yang Dr. Mahathir Dan KDN Mahu!!!

Loading...
Loading...

P. Ramasamy, Kulasegaran, Saminathan, Gunasegaran adalah pemimpin kanan parti DAP yang dikaitkan dengan pengganas LTTE...

2 dah kena cekup...

Saminathan, ADUN Gadek merangkap Exco Negeri Melaka dan Gunasegaran ADUN Seremban Jaya dah ditangkap...

Kulasegaran dan Ramasamy sekarang tengah jadi cacing kepanasan...

Cuba nafikan penglibatan mereka dengan LTTE dengan kenyataan-kenyataan yang merapu...

Ingatkan berani sangat, rupa-rupanya, tak dak teloq!!!

Penglibatan P. Ramasamy


Video klip ini dirakam dalam ucapan Ramasamy di luar negara...

Dalam video klip nie sangat jelas, P. Ramasamy bukan saja bersimpati malah dengan tegas menyokong ideologi dan perjuangan pengganas LTTE...

Ramasamy menggesa supaya perjuangan bersenjata LTTE digandingkan dengan perjuangan politik supaya semangat perjuangan pengganas LTTE boleh lebih berjaya...


Bukan sekadar ucapan biasa, malah dalam satu sambutan LTTR besar-besaran di Kuala Lumpur, P. Ramasamy berjanji, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya, beliau akan menggesa kerajaan Malaysia supaya mengiktiraf perjuangan pengganas LTTE!!!

Komitmen P. Ramasamy dalam menghidupkan ideologi LTTE tidak terhenti setakat ucapan-ucapan beliau di atas pentas...

Malah beliau telah cuba menanam doktrin pengganas LTTE di kalangan pelajar sekolah Tamil...


P. Ramasamy memuatkan gambar di halaman Facebook rasminya sebuah program motivasi 'Vettri Nayagan' pada 19 November 2013 bersama dengan pelajar-pelajar sekolah Tamil...

Di sana dapat dilihat terdapat potret besar V. Prabhakaran pengasas LTTE di Sri Lanka...


Adakah perlu untuk diangkat wajah pengganas di dalam sebuah program bersama pelajar?

Inikah perpaduan yang ingin dibina di Malaysia?

Penglibatan Kulasegaran


Dalam satu majlis sambutan Hari Perwira LTTE, Maaveerar Naal (BACA DI SINI), Kulasegaran dengan jelas mengagungkan pengganas LTTE...

Malah Kulasegaran mahu monumen pengganas LTTE yang dibina di Mauritius, juga dibina di Malaysia...


Meniupkan semangat untuk membina tugu peringatan pengganas LTTE bukanlah gambaran yang Kulasegaran setakat bersimpati dengan nasib orang Tamil di Sri Lanka tetapi ianya adalah satu sokongan terhadap pengganas LTTE dan cuba menghidupkan semangat itu di Malaysia!!!

Dalam ucapan Kulasegaran, jelas membuktikan kepada kita bahawa hubungan beliau dengan pengganas LTTE bukanlah baru terjalin...

Secara terus terang beliau mengakui hubungan beliau dengan pengganas LTTE sudah terjalin mungkin lebih dari 10 tahun!!!


Malah Kulasegaran turut menggunakan pemimpin kanan pengganas LTTE, Seeman, untuk membantu kempen pilihanraya beliau sebelum PRU 14!!

Semangat Pengganas LTTE Sudah Mula Subur Di Malaysia


Tahniah kepada pihak PDRM, terutamanya Dato' Mohd. Ayob, kerana bertindak tegas dalam menangani isu LTTE...


PDRM TIDAK BOLEH tunduk kepada sebarang tekanan yang datang dari pemimpin DAP...

Penahanan dan siasatan segera mesti dilakukan terhadap P. Ramasamy dan Kulasegaran...

Kerana merekalah pendokong utama yang menjadi tunjang untuk menghidupkan ideologi pengganas LTTE...

Kita memuji tindakan PDRM menangkap Saminathan dan Gunasegaran...


Saminathan dengan jelas telah salah guna kuasa dengan melantik penyokong pengganas LTTE untuk menjadi eksekutif kanan di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka...

Mungkin pengaruh Saminathan hanya setakat di Melaka tetapi pengaruh P. Ramasamy dan Kulasegaran boleh menyemarakkan ideologi pengganas LTTE ke seluruh Malaysia!!!

Ianya mesti dibendung dengan segera!!!

Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri MESTI mengambil tindakan segera membubarkan parti politik DAP kerana sudah terbukti beberapa pemimpin utama mereka terlibat secara langsung dengan pengganas LTTE malah cuba menanamkan doktrin oengganas LTTE kepada masyarakat India di Malaysia...


Lebih mengejutkan lagi, PDRM mendedahkan ada transaksi akaun bank dalam jumlah yang besar dengan pengganas LTTE...

Sekira ianya melibatkan akaun parti DAP baik di peringkat pusat atau negeri atau cawangan, maka ianya mesti disiasat di bawah AMLA!!!

Malaysia bukanlah bumi yang subur untuk ideologi pengganas atau perjuangan pengganas...

Mesej kami rakyat Malaysia kepada P. Ramasamy, Kulasegaran, Saminathan, Gunasegaran dan mana-mana pemimpin parti politik dari mana-mana parti politik :

Rakyat Malaysia cintakan keamanan...

Mungkin kami berselisih pendapat dan pandangan dalam politik tapi percayalah, dalam menentang pengganas, kami akan ketepikan perbezaan politik kami dan bersatu untuk menentangnya hingga ke akar umbi!!!
Loading...