Loading...

Terjawab Sudah Kenapa Dr. Mahathir Bermati-matian Pertahankan Tol, Rupanya Ini Sebabnya...

Loading...
Loading...

Dalam satu sidang media, Dr. Mahathir dengan selamba badak kata sebenarnya Pakatan Harapan TIDAK PERNAH berjanji atau meletakkan dalam manifesto pilihanraya TOL akan dihapuskan...

Dr. Mahathir juga jelaskan, itu cuma anggapan atau tohmahan orang luar (zikir Najib, UMNO dan BN dah nak mulalah tu) dan adakalanya kerajaan Pakatan Harapan sekarang terbawa-bawa dengan anggapan tersebut...😯😯😯

Jom kita imbas balik dokumen dan ceramah kempen PRU 14 dari Pakatan Harapan...




Pakatan Harapan melalui laman web rasmi, ada mengeluarkan dokumen yang dipanggil 'Buku Harapan, Membina Negara Memenuhi Harapan' (LIHAT DI SINI)...



Dalam dokumen tersebut yang DITANDATANGANI oleh manusia yang bernama DR. MAHATHIR MOHAMAD, dalam JANJI 6, dengan terang menyatakan iltizam Pakatan Harapan untuk MENGHAPUSKAN TOL secara berperingkat dan matlamat akhirnya ialah PENGHAPUSAN SEPENUHNYA TOL!!!


Dalam satu kempen PRU 14, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng, merangkap ahli dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, dengan jelas menyatakan sekiranya Pakatan Harapan diberikan mandat untuk membentuk kerajaan pusat, kutipan TOL akan DIHAPUSKAN sepenuhnya dari utara ke selatan dan dari timur ke barat, dalam ertikata lain, rakyat Malaysia akan menikmati lebuhraya tanpa TOL sepenuhnya!!!


Tiba-tiba Dr. Mahathir umumkan, penghapusan TOL sepenuhnya tidak akan dilakukan, malah yang lebih syahdu lagi bila Dr. Mahathir katakan tak ada dalam manifesto Pakatan Harapan untuk hapuskan tol tapi ianya di ada-adakan oleh pembangkang (UMNO dengan PAS ler tu), untuk memburukkan kerajaan Pakatan Harapan!!!

Alasan Kenapa Dr. Mahathir Bermati-matian Pertahankan TOL

Gambar Bukan Sekadar Hiasan

Alasannya cukup jelas, kerajaan bersedia untuk menjual PLUS kepada firma Hong Kong, RRJ Capital dengan tawaran bernilai RM3.5 bilion untuk membeli 100 peratus kepentingan PLUS...

Kerajaan Pakatan Harapan telah menjadi semakin rakus menjual aset strategik negara kepada syarikat asing...

Sejak memerintah, hampir RM30 bilion aset negara yang selama ini dikumpul telah dijual oleh kerajaan Pakatan Harapan...

Gambar Bukan Sekadar Hiasan

Tindakan menjual PLUS adalah melampau dan membuktikan kerajaan pimpinan Dr. Mahathir gagal sepenuhnya dalam menjaga kepentingan negara...

Terjawablah persoalan kenapa Dr. Mahathir bermati-matian mempertahankan TOL di Lebuhraya PLUS...

Sekiranya TOL dimansuhkan sepenuhnya, maka Lebuhraya PLUS tidak mempunyai nilai di sisi RRJ Capital kerana tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan...

Sebab itulah, tanpa angin dan tanpa ribut, Dr. Mahathir secara tiba-tiba membangkitkan soal manifesto penghapusan TOL Lebuhraya PLUS!!!

PLUS adalah milik Khazanah Nasional Berhad dan aset strategik ini WAJIB dikekalkan sebagai hak milik negara...

Sejak ambil alih kuasa, antara aset milik Khazanah Nasional yang sudah dijual oleh kerajaan Pakatan Harapan seperti IHH Berhad yang dijual kepada Jepun pada November 2018 pada nilai RM8.41 bilion...

Selain itu, Khazanah Nasional juga telah menjual keseluruhan 55% pegangan saham dalam lebuhraya tol Jakarta dengan RM2.1 bilion pada September 2019...


Kini PLUS pula hendak dijual kepada syarikat asing dan akan merugikan Khazanah Nasional kerana tidak memiliki apa-apa aset strategik untuk kepentingan ekonomi negara...

Jika PLUS dijual, Khanazah Nasional akan gagal menjalankan fungsinya sebagai syarikat induk dalam pelaburan kerajaan Malaysia...

Kebolehan Dr. Mahathir dalam mentadbir negara semakin diragui kerana tiada sebarang pembangunan ekonomi dilakukan sejak memerintah dan hanya mahir dalam menambah hutang serta menjual aset strategik negara...

Retorik politik Dr. Mahathir yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional akan menggadaikan negara kepada syarikat asing, kini terbukti fitnah dan pada hari ini, kerajaan Pakatan Harapan adalah faktor utama yang membawa kepada kegagalan ekonomi negara...

Kerakusan kerajaan Pakatan Harapan menjual aset negara akan menyebabkan negara kehilangan harta dan aset strategik yang selama ini menjadi simbol kekuatan ekonomi negara yang telah lama dibina oleh kerajaan Barisan Nasional...

Rakyat Malaysia akan diibaratkan menumpang di bumi sendiri apabila seluruh harta tergadai kepada syarikat asing...




Kredit :

Dr. Najmil Faiz
Loading...