Loading...
Loading...
Mahasiswa biadab, Wong Yan Kee, yang membawa plakad di atas pentas utama dan di hadapan VVIP yang menuntut Naib Canselor, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim letak jawatan semasa Konvokesyen UM berlangsung memberikan kita mesej yang sangat jelas...
Dalam kejadian itu, Wong Yan Kee juga dengan biadabnya menjerit, "Ini tanah Malaysia" di depan VVIP!!!
Admin tak nak mengulas mengenai Wong Yan Kee sebab rasanya ramai yang dah tahu siapa budak biadab yang suka cari publisiti murahan tu...
Sebab boleh dikatakan keseluruhan rakyat Malaysia termasuk Felo Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong sendiri mengecam apa yang dilakukan oleh Wong Yan Kee (BACA DI SINI)...
Untuk rekod, Wong Yan Kee juga adalah manusia yang sama cuba menimbulkan provokasi dengan berdiri di tepi jalan sambil memegang plalad karikatur yang menggambarkan wajah DS Najib, ketika DS Najib dijemput untuk memberikan 'talk' kepada mahasiswa UM sedikit masa lalu...
Bukan menjadi rahsia lagi, tindakan Wong Yan Kee didalangi oleh DAP...
Tanpa sokongan dari belakang yang kuat, tak mungkin budak hingusan seperti Wong Yan Kee berani bertindak sejauh itu...
Ini jelas sebaik saja Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak UM mempunyai hak untuk menahan ijazah Wong Yan Kee (BACA DI SINI), Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (DAP), membantah gesaan supaya ijazah Wong Yan Kee ditahan (BACA DI SINI) walau pun hakikatnya pihak UM bukan saja mempunyai hak malah memang patut menahan ijazah Wong Yan Kee...
Malah ketika pihak UM membuat laporan polis berkaitan isu itu, Lim Kit Siang (DAP) pula menggesa supaya laporan polis yang telah dibuat oleh UM ditarik balik (BACA DI SINI)...
Kenapa Dr. Abdul Rahim Hashim Jadi Sasaran
Wong Kan Ye dikatakan tidak berpuas hati dengan Naib Canselor UM, Abdul Rahim kerana bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu dan juga atas ucapan aluan Abdul Rahim dalam sesi pembukaan kongres tersebut...
Kononnya, Wong Yan Kee menganggap tindakan dan ucapan Abdul Rahim sangat-sangat memalukan dan bersifat rasis...
Apa yang memalukan dan apa yang rasis?
Ramai menganggap, Kongres Melayu yang dianjurkan itu kononnya menimbulkan kemarahan DAP...
Bagi admin, adegan kemarahan suam-suam kuku DAP terhadap kongres tersebut cuma salah satu dari beribu-ribu wayang DAP dalam pentas politik...
Portal ini pernah menyiarkan keluaran yang mendedahkan, DAP sebenarnya 'memberikan restu' kepada PPBM untuk menganjurkan kongres tersebut malah turut menaja dana untuk dibayar kepada 'ayahanda-ayahanda' NGO Melayu supaya turun sama menjayakan kongres tersebut (BACA DI SINI)...
Mungkin ada yang akan bertanya, kalau dah DAP 'bagi restu' kenapa pula diarahkan 'anjing tambatan' untuk buat kecoh masa Majlis Konvokesyan UM?
Jawapannya, disinilah kebijaksanaan strategi politik DAP...
Setiap pelaburan, sama ada ianya menjadi atau tidak, DAP akan pastikan ianya membawa keuntungan yang berlipat kali ganda pada DAP...
Kalau Kongres Melayu berjaya menyaingi Muafakat Nasional, DAP akan mendapat keuntungan secara langsung bila sokongan Melayu pada PPBM dan PAN bertambah...
Kekuatan PH akan menjadi lebih kukuh dan dengan sendirinya DAP akan mempunyai lebih banyak kuasa dalam kerajaan kerana untuk PPBM mengimbangi kuasa DAP dalam Pakatan Harapan adalah terlalu jauh dari jangkauan...
Tetapi hakikatnya, kongres tersebut gagal menarik sokongan Melayu seperti yang diharapkan akibat dari mulut longkang Dr. Mahathir, maka seiringan dengan wayang suam-suam kuku yang dimainkan sebbelum kongres, maka tibalah masanya 'anjing tambatan' DAP dikerahkan untuk menyalak waktu Majlis Konvokesyen UM dan DAP akan terus dilihat sebagai satu-satunya parti yang menjadi hero kepada masyarakat bukan Melayu....
Seperti tajuk dalam tulisan admin kali ini, mesej penting untuk semua rakyat Malaysia sama ada yang bergelar ahli akademik, atau yang bergelar ayahanda-ayahanda dalam NGO Melayu Islam, atau yang bergelar pelajar atau mahasiswa atau sesiapa saja, janganlah dibiarkan diri kita, maruah dan harga diri kita digunakan dan diperbodohkan oleh pakar-pakar strategi DAP...
Lihat apa yang berlaku pada Naib Canselor UM, Abdul Rahim, akibat membiarkan dirinya dipergunakan dan diperbodohkan, bukan saja kredibiliti beliau sebagai ahli akademi diperlekehkan malah maruah dan harga diri beliau telah ditelanjangkan dan diletakkan di bawah tapak kaki seorang RBA hingusan dari DAP!!!
Budak biadab hingusan MAHU seorang Naib Canselor datang berjumpanya untuk berbincang dan minta maaf!!!
Wow, pembaca fikir, nak kira macam mana tu!!!
Kepada Abdul Rahim, lihatlah disekeliling sekarang ini, apakah ada ahli politik yang dulunya bersemangat dan beriya-iya mahu beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu tampil untuk membela dan mempertahankan beliau?
Atau apakah Abdul Rahim belum cukup Melayu untuk dibela dan dipertahankan maruahnya?
Dan siapakah yang bangkit untuk mempertahankan maruah Abdul Rahim?
Kepada rakyat Malaysia, admin berpesan, setiap apa yang Allah SWT izinkan untuk berlaku, pasti ada pengajaran dan panduan disebaliknya, fikir dan renungkanlah dengan mata hati supaya kita dapat menyingkap apa yang tersirat disebalik yang tersurat...
Rakyat Malaysia pernah tersilap dan melakukan kesilapan kerana terpedaya dan terperangkap dalam permainan politik dalam PRU 14 lepas, jangan biarkan ianya berulang lagi kerana sekiranya Allah SWT telah memberikan amaran dan pengajaran tetapi kita masih lagi melakukan kesalahan yang sama, takut nanti bencana yang lebih besar akan menanti kita!!!
Loading...