Loading...

Bukit Aman terima maklumat polis disyaki lindungi premis judi haram di Sungai Buloh

Loading...
Loading...

KUALA LUMPUR:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat berhubung segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh, dekat sini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata pihaknya sedang meneliti maklumat itu, termasuk mengenai serbuan dan rampasan perjudian yang telah dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

"Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terbabit penyelewengan tugas serta melindungi sindiket berkenaan, maka tindakan tatatertib keras akan dikenakan terhadap mereka.

"Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasuah, ia akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama, hari ini. –

#Sumber : BERNAMA   
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...