Loading...

Hajiji angkat sumpah ketua menteri Sabah

Loading...
Loading...

Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor hari ini mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Hajiji akan dibantu tiga timbalan iaitu Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.

Bung akan memegang portfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, sementara Kitingan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan, manakala Joachim sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah Masidi Manjun yang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu.



MR :    Pembahagian ikut komponen


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...