Loading...

Hajiji Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Sabah Pertama

Loading...
Loading...


Hajiji pengerusikan mesyuarat Kabinet Sabah pertama
Astro Awani
1 Oktober 2020


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya pada Khamis.

Ahli mesyuarat terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun; dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim.

Selain beberapa isu pokok seperti penstrukturan pentadbiran, mesyuarat dijangka turut membincangkan situasi semasa COVID-19.

Terdahulu, Hajiji dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas Gabungan Rakyat Sabah yang memenangi Pilihan Raya Negeri sebulat suara menamakan Pengerusi Perikatan Nasional Sabah itu.

Hajiji kemudian mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada Selasa di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Source: Astro Awani
Loading...