Loading...

PRN Sabah, Babak Kemelut Baru Akan Bermula

Loading...
Loading...

1) Jika keputusan PRN Sabah adalah cerminan kepada PRU15, ia bermakna PRU15 juga bukan penyelesaian kepada kemelut politik negara. Tidak stabil dan dipenuhi berudu.

2) Ia juga cerminan bahawa PKR juga tidak strong jika bersendirian walaupun menggunakan lambang sendiri. DAP masih dominan di kawasan majoriti orang Cina berbanding MCA. Bermakna MCA akan terpaksa menagih kerusi majoriti Melayu daripada UMNO dan PAS untuk PRU15 kelak untuk membolehkan ada wakil mereka dalam Parlimen.

3) Manakala hipotesis - parti yang kurang menyerang PAS akan banyak menang kerusi - boleh dilihat sebagai menepati kem WARISAN+ sahaja, tidak berlaku kepada keseluruhan PRN Sabah. AMANAH paling kuat menyerang PAS kalah 100% kerusi yang ditandingi. Diikuti PKR, DAP dan yang paling sedikit atau tak kacau PAS adalah WARISAN.

4) Semua ini hanyalah andaian jika PRN Sabah adalah cerminan kepada PRU15. Semestinya orang politik akan ada justifikasi lain. Mereka yang menang akan bawa semangat kemenangan untuk diterjemah dalam PRU15. Pihak yang kalah pasti hanya akan kata ini hanyalah sentimen orang Sabah, tak sama dengan semenanjung.

5) Kemenangan tipis selalunya melahirkan berudu-berudu politik yang tak berkesudahan. Berudu politik hanya mementingkan kedudukan diri sendiri. Para pengundi hanyalah sebagai alat untuk mereka peroleh kuasa. Semasa ku kechil-kechil, hidupku dalam air. Apabila dewasa, ku ke darat. Semoga berudu yang ada terbantut pembesarannya.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...