Loading...

Shabery Cheek Minta Perikatan Nasional Tinggalkan BN

Loading...
Loading...

Pemimpin veteran UMNO, Shabery Cheek berkata adalah baik jika Perikatan mencari jalan segera untuk tinggalkan mereka sekiranya benar dituduh BN mempunyai isu kepercayaan.

Kenyataan beliau adalah respon kepada tulisan Wan Faysal yang menyebut Perikatan Nasional tidak dibebani isu legasi, trst deficit kerana masih baru dan segar, apatah lagi tidak dibayangi dengan skandal dan masalah yang kronik dipercayai dituju kepada UMNO.

“Perikatan Nasional” tidak dibebani dengan isu legasi, “trust deficit” kerana ianya masih baru dan segar. Kekuatannya banyak terkumpul pada YAB Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kita tahu tidak ponggah, tidak angkuh dan amat meraikan kerjasama asalkan matlamat utama dalam menubuhkan kerajaan yang kuat, berintegriti dan beramanah itu tercapai. Barulah rakyat sayang, tidak dibayangi dengan skandal dan masalah yang kronik sehingga rakyat susah nak percaya.” tulis Wan Fasysal dalam akaun rasmi Facebook beliau.

Shabery Cheek memberi respon “Sekiranya sudah rasa melebihi segalanya, elok carilah jalan agar segera mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang dikatakan ada “trust deficit”.”

Hubungan UMNO dan BERSATU dilihat semakin teruk apabila UMNO merasa diperleceh dan cuba dilemahkan oleh BERSATU. Kerusi ketua menteri sabah yang sepatutnya menjadi milik UMNO yang memiliki kerusi terbesar turut diambil oleh BERSATU sehingga menyebabkan Zahid kehilangan kepercayaan akar umbi

MR :   pemikiran Shabery Cheek makin tidak matang 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...