Loading...

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 4 Oktober 2020

Loading...
Loading...


Kenyataan Akhbar KPK 4 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 67 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,283 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 4 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 293 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,381 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,961 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 293 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • Bangladesh: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan saringan sign-on.

Daripada 292 kes penularan di dalam negara, 269 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara. Daripada 292 kes tersebut juga, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 206 kes. 

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 126 kes
    • 13 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 12 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 14 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan dua (2) warganegara dan 12 bukan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kau Sing yang melibatkan dua (2) warganegara dan 2 bukan warganegara;
    • 78 kes saringan bergejala yang melibatkan 74 warganegara dan empat (4) bukan warganegara;
    • 12 kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan masuk wad yang melibatkan bukan warganegara.
  • Kedah: 113 kes 
    • 112 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 111 warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 31 kes
    • 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • 13 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; 
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Embun yang melibatkan warganegara; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan pekerjaan yang melibatkan bukan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11133 yang melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Satu (1) kes saringan sign-on yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 28 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 137 kes (1.10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (2) KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • Sabah (1 kluster); dan
  • Selangor (1 kluster).

1) KLUSTER KAU SING, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10755) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Daripada tujuh (7) kes yang dikesan positif, sebanyak lima (5) kes merupakan warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.

Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 27 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
  • Sembilan (9) individu dikesan negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

2) KLUSTER EMBUN, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Hulu Langat, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11147) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat (4) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) dikesan positif COVID-19;
  • 21 individu dikesan negatif; dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI LIMA (5) KLUSTER AKTIF DENGAN KES POSITIF COVID-19 HARI INI

Status terkini lain-lain kluster aktif yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini adalah seperti berikut:

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB) SECARA PENTADBIRAN DI PENJARA ALOR SETAR, KEDAH

KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Penjara Alor Setar, Kedah yang akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 6 Oktober 2020. Ini susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di kawasan Penjara Alor Setar. PKPDB ini akan melibatkan kawasan penjara dan kuarters kakitangan penjara.

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. KKM akan terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di kawasan ini dan bekerjasama dengan pelbagai agensi pihak berwajib.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR 3 (1) 2,694
SABAH 126 2,389
SELANGOR 31 2,378
NEGERI SEMBILAN 2 1,054
KEDAH 113 809
JOHOR 8 785
SARAWAK 1 717
PAHANG 0 381
PERAK 2 276
MELAKA 0 267
KELANTAN 1 169
PULAU PINANG 1 149
TERENGGANU 0 134
W.P. PUTRAJAYA 0 107
PERLIS 0 38
W.P. LABUAN 5 34
JUMLAH KESELURUHAN 293 (1) 12,381

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Loading...