Loading...

Lelaki ditahan curi 82 tuhan

Loading...
Loading...

KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki ditahan pada Khamis selepas disyaki terlibat dalam kes curi patung berhala di beberapa kawasan di ibu kota.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, suspek berusia 44 tahun itu ditahan susulan laporan kecurian patung berhala bernilai RM3,000 di Kampung Baru Salak Selatan.

"Suspek ditahan di Jalan Gombak, Wangsa Maju dan pemeriksaan lanjut di rumah suspek di Batu 5, Jalan Gombak mendapati sebanyak 82 patung berhala dan peralatan untuk sembahyang ditemui.

"Suspek yang bekerja sebagai mekanik mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah dan dua rekod jenayah lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamed Mokhsein berkata ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Suspek direman selama empat hari bermula Jumaat.

"Dengan penahanan suspek, dipercayai beberapa kes yang dilaporkan berkaitan kecurian patung berhala di kawasan sekitar berjaya diselesaikan.

"Siasatan lanjut mengenai motif kejadian sedang dijalankan," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

MR :  Dia curi kalau tak jual dia boleh menyebab minta bantuan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...