Loading...

Lelaki pijak wanita Muslim hamil dipenjara 3 tahun

Loading...
Loading...

SYDNEY:
Seorang lelaki Australia yang bertindak menumbuk dan memijak seorang wanita Muslim yang sedang sarat hamil tahun lalu, dihukum penjara tiga tahun.

Rana Elasmar, ibu kepada empat orang anak sedang hamil 38 minggu ketika diserang pada November tahun lalu, lapor Nine News, agensi media di bawah CNN.

Dalam insiden itu, wanita berkenaan yang mengenakan hijab sedang duduk di sebuah kafe di Sydney ketika tertuduh, Stipe Lozina menghampiri mejanya. 


Selepas berlakunya perbualan pendek, Lozina tiba-tiba menumbuk Elasmar beberapa kali dan kemudian bertindak memijak kepalanya apabila dia terjatuh.

Rakan-rakan Elasmar dan orang awam turut membantu dan menghalang perilaku ganasnya tertuduh.

Lozina didapati dengan sengaja mengeluarkan kata-kata berbaur rasis dan menyerang wanita berkenaan walaupun tidak berlaku sebarang provokasi.

Dalam insiden itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan ringan bagaimanapun kandungannya tidak terjejas.

Dalam pada itu, Lozina mengaku bersalah, bagaimanapun beliau mendakwa ia bukan satu serangan Islamofobia atau rasis.

"Saya tidak membenci mereka, cuma berbeza pandangan," kaanya kepada mahkamah.

#Sumber :  - AGENSI   

MR :  Islam selalu diperlakukan ganas bila minoriti  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...