• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Apa Kabar Malay

Menu
  • Home
Loading...
Beranda  ›  Berita  ›  Terbaru  ›  Unik  ›  Viral

Pemandu Myvi Yang Dalam Kemalangan Dengan Dua Kereta Positif Dadah

Minggu, 11 Oktober 2020 Berita, Terbaru, Unik, Viral
Loading...
Loading...

 


Pemandu Myvi putih rempuh dua kereta positif dadah
Astro Awani
Oktober 11, 2020 13:08 MYT
Pemandu Myvi putih rempuh dua kereta positif dadah
Pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, pada Sabtu didapati positif dadah. -PDRM
KUALA LUMPUR: Pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, pada Sabtu didapati positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pemandu wanita berusia 23 tahun itu kini dalam tahanan polis.


"Saringan ujian air kencing mendapati wanita tersebut positif dadah dan dia telah ditahan," katanya dalam satu kenyataan.
Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.

Mohd Padzli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.

Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik.

Pemandu Honda Accord berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Iswara berusia 78 tahun pula cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan
Loading...
Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda

Postingan Populer

  • Trump arrives in the Middle East for nuclear weapons & peace talks
  • Man United's Sir Jim Ratcliffe finally speaks: Amorim, Ten Hag, Finances & The Glazers | The Overlap With Gary Neville
     
  • Donald Trump Inauguration & Security at Capitol Hill
  • Harry Moulding Wins BGT 2025 as Blackouts and 9 Year Old Binita finish Second & Third
  • Points from Malaysia 2020 Budget
    Salient points from 2020 Budget FMT Reporters  - KUALA LUMPUR: Finance Minister Lim Guan Eng tables the 2020 Budget to...
  • Baru Bian, Adun Batu Lintang sertai Parti Sarawak Bersatu
    PETALING JAYA: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Soon Koh mengumumkan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Adun Batu Lintang, S...
  • Seputeh MP Teresa Kok opposed The Address condominium project in Taman Desa but residents say she has not done enough
Loading...
Copyright 2016 Apa Kabar Malay
Powered by Blogger.com