Loading...

Pengurusan Sahkan Shuib Sepahtu, Sarah Dipanggil SPRM ( 1 Video)

Loading...
Loading...


DILAPORKAN Shuib Sepahtu & Siti Sarah Dipanggil SPRM? Disyaki Terlibat Pengubahan Wang Haram?

UPDATED

Pengurusan sahkan Shuib Sepahtu, Sarah dipanggil SPRM
Astro Awani
2 Oktober


KUALA LUMPUR: Pengurusan pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin, mengesahkan kedua-dua mereka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, hari ini.

Jurucakapnya, Nana Mohamad Rom, dalam satu kenyataan ringkas kepada Astro AWANI malam ini, bagaimanapun berkata, hanya keterangan Shuib diambil, manakala Sarah hanya menemani suaminya.

"Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

"Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.

"Setakat ini, ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM," katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan sepasang suami isteri yang juga selebriti dipercayai telah dipanggil oleh SPRM pada Khamis, dipercayai untuk membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Mereka dilaporkan hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada tengah hari Khamis untuk diambil keterangan membabitkan perniagaan yang diusahakan mereka.


Source: Astro Awani

Pasangan selebriti dipanggil SPRM bantu siasatan


KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri yang juga selebriti dipercayai telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis yang dipercayai untuk membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Pasangan berkenaan dilaporkan hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada tengah hari ini untuk diambil keterangan membabitkan perniagaan yang diusahakan mereka.

Selain suami isteri itu, beberapa termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan juga mungkin akan dipanggil.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika ditanya mengenai terdapat dakwaan pasangan selebriti dipanggil untuk disiasat berkata, beliau kurang pasti mengenai perkara itu.

“Yang (pasangan selebriti dipanggil SPRM) itu saya kurang pasti… tetapi mungkin yang dikatakan artis ke tidak saya tidak tahu.

“Tapi kalau berdasarkan soalan yang umum begini ramai orang dipanggil ke pejabat kita… jadi kalau boleh spesifik lah kes mana jadi baru kita boleh sahkan,” kata beliau.

Azam berkata demikian kepada wartawan selepas majlis sambutan ulang tahun SPRM ke-53 dan perasmian Kompleks SPRM Terengganu yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali di sini pada Khamis.

Source: Astro Awani
Loading...