Loading...

Tujuh Kampung Di Semporna, Kawasan Penjara Pokok Sena Dikenakan PKPD | Hari ke-122 PKPP: Ditahan-381 Dikompaun-370 Direman-9 Dijamin-2 (6 Video)

Loading...
Loading...

Tujuh kampung di Semporna, kawasan Penjara Pokok Sena dikenakan PKPD
Astro Awani
9 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 11 Oktober sehingga 24 Oktober.

Hal itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan COVID-19 yang dijalankan melalui sesi Facebook Live, susulan beliau masih dalam tempoh kuarantin.

"Enam lokaliti di Semporna ialah Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Pinggir Bakau, manakala di Kunak ialah Kampung Pangkalan.

“Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas dan perkara ini akan dikoordikadinasikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Sabah,” katanya.

Di Kedah, pertambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dan anggota keselamatan di kawasan Penjara Pokok Sena, menyebabkan kawasan itu termasuk kuarters kakitangan, diletakkan dalam tempoh PKPD bermula 11 Oktober hingga 24 Oktober.

Sementara itu, tempoh PKPD Bersyarat akan dilanjutkan di empat daerah di Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober.

Ismail turut memaklumkan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh PKPD di kawasan Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Sabah.

PKPD di dua kawasan ini sepatutnya tamat hari ini namun akan diteruskan bermula esok, 10 Oktober sehingga 25 Oktober.

Source: Astro Awani

Majlis kahwin di kawasan PKPD Bersyarat dibenarkan, perlu kehadiran anggota RELA


KUALA LUMPIR: Majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Bersyarat dibenarkan untuk dilangsungkan, namun, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

Namun terdapat tambahan dalam SOP berkenaan di mana majlis perlu dilangsungkan dengan pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Hal itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan COVID-19, hari ini.

"Bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (dua anggota RELA), 100 hingga 300 jemputan (tiga anggota RELA) 300 hingga 500 jemputan (empat anggota RELA) dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh RELA mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis.

"Bagi jemputan dari luar kawasan PKPDB mereka perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan ketika melalui Sekatan Jalan Raya yang diadakan," ujarnya.

Majlis yang dianjurkan di lokasi seperti hotel pula perlu dijalankan dengan pengawasan pihak pengurusan hotel.

Source: Astro Awani







KPM Diberi Kuasa Buat Keputusan Tutup Sekolah Terlibat  



 Majlis Perkahwinan Dibenarkan



Laksana PKPD Di Penjara Pokok Sena  



 Kerajaan Negeri Agih Bekalan Makanan



PKPDB Beberapa Kawasan Di Sabah Dilanjutkan  



 381 ditahan ingkar PKPP
Loading...